Categories: Viral

Awak pengsan pun lagi okey, netizen komen Nabila Razali

Nabila Razali seringkali menjadi tumpuan para netizen yang sering mempersoalkan bakatnya untuk menyanyi secara langsung. Memang Nabila pernah tersilap nyanyi dan video berkenaan menjadi viral, namun sehingga kini ianya masih lagi diperkatakan.

Ketika ini Nabila Razali tampil dengan lagu terbaru berjudul Peluang Kedua dan penyanyi muda ini tetap cekal untuk mengetengahkan bakatnya.

Menerusi lagu Peluang Kedua ini, ianya turut menampilkan penyanyi MK untuk berduet dengan Nabila Razali. Dalam beberapa hari, muzik video lagu ini terus cetus fenomena yang mana ramai nak tengok kedua mereka bergabung.

Respon yang diterima rata-rata memuji bahawa lagu ini sungguh sedap didengari apatah lagi dengan adanya MK. Dalam masa video ini sudahpun ditonton sebanyak dua juta views.

Seperti biasa, ada yang telah menulis komen kurang baik kepada Nabila Razali berkenaan cara nyanyian dan suaranya.

Paling pedih apabila ada yang meniru Ajai mengatakan lebih baik Nabila Razali pengsan sahaja lebih baik dari menyanyi 4 minit itu.

Malah ada juga mengatakan macam mana Nabila Razali ini boleh jadi penyanyi dan lebih baik focus dalam bidang pengacaraan atau berlakon sahaja.

Sebelum ini, Nabila Razali pernah berkata dia akan bangkit semula walaupun menerima pelbagai komen kurang enak dari para netizen tentang nyanyiannya ketika membawa lagu secara live.

 “Saya akan sentiasa bangkit lepas apa yang berlaku. Secara jujur memanglah saya down dan saya perlukan masa untuk kembali semula.

“Untuk sesetengah, mungkin mereka rasa hal itu remeh sebab mereka ingat saya biasa nyanyi teruk. Sebenarnya ia satu isu besar pada saya”.

“Jika bagi kesempatan saya akan perbaiki mutu nyanyian. Saya kena siapkan diri saya. Ini adalah cabaran sebagai anak seni. Saya akan baiki lagi lepas ini.

“Apapun, janganlah cari yang silap dan salah saja. Takkan dalam masa 4 minit saya nyanyi semuanya bunyi sumbang. Mesti ada bahagian yang sedap”.

Kepada yang minat boleh dengar lagu terbaru nyanyian Nabila Razali dan juga MK berjudul Peluang Kedua.

Share

Recent Posts

“Berilah Ajad satu peluang.. dia sebenarnya baik” Mustika, adik perempuan Sajat

Semua pun tahu tentang kisah Muhammad Sajjad atau Sajat yang kini berada di Thailand setelah…

21 mins ago

“Akhirnya saya mengalah” Luahan Elyana.. Sama-sama doakannya

Dah mengaku kalah, itulah antara luahan hati dari penyanyi terkenal tanah air iaitu Elyana yang…

18 hours ago

Alahan pelik Syatilla Melvin, loya tengok rumah sendiri

Isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin kini sedang hamil anak ketiga. Memang kebanyakkan seseorang…

23 hours ago

Nur Sajat dibantu individu bernama Wan Besi?

Semua kini dah tahu tentang kes melibatkan Nur Sajat yang berjaya melarikan diri ke negara…

1 day ago

Roslan Shah terus mesej Iqbal dan DS Vida, ini mesej balas dari Iqbal

Pagi tadi tak semena-mena ada kisah yang bertebaran tentang penghibur Roslan Shah yang ada bermimpi…

2 days ago

Rupanya Dayah Zubit dah berbadan dua, ini respon Siti Nurhaliza

Pada minggu lalu, telah disahkan bahawa pengasuh Siti Aafiyah, anak kepada Dato Seri Siti Nurhaliza…

2 days ago

This website uses cookies.