Categories: Hiburan

“Awalnya dia sukar terima hakikat” Suami Ziela Jalil akui nikah tanpa pengetahuan isteri pertama

Datuk Ziela Jalil sebelum ini telah mengesahkan bahawa dirinya merupakan isteri kedua kepada Datuk Syed Osman Alhabshee.

Pasangan ini berkahwin secara senyap-senyap pada dua tahun lalu pada tarikh pada 17 Februari 2019.

Perkahwinan antara kedua mereka hanya diketahui setelah anak Syed Osman mendedahkan hal ini di laman media sosial,

Ditanya kenapa mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan perkahwinan mereka, ini jawapan dari Syed Osman.

“Untuk makluman, perkahwinan ini bukanlah rahsia sebab ramai family dan rakan yang rapat dah tahu tentangnya. Memang kami pilih untuk tak hebahkannya. Siapa yang tahu saja yang tahu.”

“Tujuan utama untuk tidak menghebohkan perkahwinan ini adalah sebab mahu jaga hati isteri pertama saya.”

Sementara itu, Syed Osman akui, dia bernikah dengan Ziela Jalil tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

“Selepas sebulan berkahwin, barulah saya maklumkan hal berkenaan kepada isteri pertama. Saya akui, memang terlalu sukar untuk tak jujur dengan isteri pertama, selama sebulan merahsiakan pernikahan berkenaan. Mungkin orang lain boleh buat, tetapi saya tak boleh.”

“Pada awalnya, isteri pertama memang sukar nak terima hakikat. Namun berkat doa, akhirnya dia dan anak-anak dah boleh terima. Saya bawa semua family isteri pertama jumpa dengan Ziela dan anak-anak untuk berkenalan. Syukur alhamdulillah, pertemuan itu berjalan dengan baik.”

Syed Osman turut bercerita moment dia mula mengenali Zile Jalil, dan akui hanya memerlukan lima minggu untuk membuat keputusan mengahwininya.

“First time saya jumpa Ziela adalah pada tahun 2013, ketika itu saya mahu membeli keretanya. Saya pergi ke rumahnya untuk tengok kereta dan test drive. Kemudian saya setuju beli keret aitu.”

“Selepas itu, kami bertemu dalam majlis agama dan saya juga pernah kendalikan majlis tahlil untuk arwah suami, arwah Tan Sri Megat Junid.”

“Saya kenal Ziela sebagai artis yang dah berhijab. Dia ada asas dalam agama, itulah yang buatkan saya tertarik kepada dirinya.”

“Maybe orang kata keputusan nikah selepas kenal lima minggu adalah tindakan yang terburu-buru. Saya pun tak sangka namun itulah takdir dan jodoh.”

Datuk Syed Osman mempunyai enam anak dengan isteri pertamanya, manakala Datuk Ziela Jalil dikurniakan dua anak dengan arwah suaminya dan seorang anak angkat.

Share

Recent Posts

Ibu dilabel bibik.. Ini reaksi Anna Jobling

Nama Anna Jobling kini sedang meningkat naik. Pemilik nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul…

6 hours ago

“Mengata orang, nanti balik kat ampa” Ibu Masya Masyitah

Sudah beberapa kali penyanyi remaja, Masya Masyitah tampil dengan gaya atau fesyen yang kurang disenangi…

7 hours ago

“Shila, apahal ko tindik hidung tu”

Antara peserta pilihan untuk rancangan Gegar Vaganza musim ke sembilan ini ialah penyanyi Shila Amzah,…

1 day ago

Kisah misteri wanita lagu viral “Begitu syulit lupakan Rehan”, 16 kali dah hamil

Antara lagu yang terngiang ngiang sekarang berbunyi seperti ini: “Begitu syulit lupakan Rehan, apa lagi Rehan…

1 day ago

Ini penjelasan penuh dari Aprena Manrose tentang berniqab

Ini sedikit cerita dan perkembangan tentang pelakon Aprena Manrose yang juga adik kepada Oktavia Manrose…

2 days ago

“Kami akan cuti tak lama lagi, masa tu saya tak sekat wajah Bilal” Neelofa

Baby Bilal, anak sulung kepada Neelofa dan Pu Riz seringkali jadi tajuk utama media di…

2 days ago

This website uses cookies.