Categories: Hiburan

Ayda Jebat terbuka cerita, dedah suami masih simpan cincin bekas kekasih

Kini dah enam bulan Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendirikan rumah tangga. Sejak kahwin memang banyak cerita tentang pasnagan ini.

Dari cerita berkenaan baju kegemaran Nabil yang koyak, suka bau Ayda Jebat, sampailah ke berita gembira iaitu Ayda Jebat dah pun berbadan dua, memang pasangan ini sering jadi perhatian orang ramai.

Kali ini ada satu cerita baru dari pasangan ini. Ayda Jebat ada buka ruang pertanyaan kepada peminat yang nak tanya apa saja tentang suaminya, Nabil Mahir.

“Apa saja tentang Nabil, korang nak tahu pasal apa, bocorkan rahsia dia.” Tulis Ayda Jebat.

Para peminat ada mulanya bertanya sama ada Nabil ini seorang yang kuat cemburu. Ayda menjawab bahawa suaminya itu langsung tak cemburu.

“Tak cemburu langsung, tu dia suruh kita cinlok banyak-banyak, kan love, Nabil.”

Kemudian ada pula bertanya tentang kisah cinta lama Nabil Mahir. Ada yang bertanya sama ada Nabil pernah putus tunang sebelum ini.

Ayda menjelasakan suaminya itu tak pernah bertunang sebelum dengan dirinya saja. Nabil pernah membeli cincin, tapi tak sempat beri kepada kekasihnya sebelum ini.

“Nabil tak pernah bertunang, dia tak sempat, dah tiada jodoh. Tapi cincin yang dia beli untuk bekas kekasih dia tu ada lagi. Saya suruh dia simpan saja, untuk buat kenang-kenangan.”

“Putus tunang dia tak pernah lagi, putus cinta dah beberapa kali, putus contact dengan skandal kerap kali, tapi sekarang ni tak ada dah. Hanya diri saya dan baby kami saja.”

“Hidup mesti banyak pilihan, barulah adanya pengajaran kehidupan. Tetapi sekarang ni saya dah jadi isteri dia yang sah. Saya menang tanpa bertanding.”

Memang cool saja Ayda Jebat jawab persoalan tentang kisah lama suaminya itu dengan bekas kekasihnya.

Ayda Jebat dan Nabil Mahir bernikah pada 1 Januari 2021, dan kini Ayda Jebat sedang berbadan dua.

Recent Posts

Lana Nodin dakwa DG Noor Hisham berlakon sedih, minta letak jawatan

Penyanyi popular tanah air, Lana Nodin nampaknya amat lantang bersuara, dan kali ini telah memberi pandangan yang amat keras kepada…

8 hours ago

Caprice rasa amat sunyi

Nama Caprice kini memang panas setelah dikaitkan isu dengan Ustaz Ebit Lew. Semuanya bermula setelah mereka terlibat dengan satu misi…

13 hours ago

“Sejadah nipis, sakit lutut dan dahi” Eyra Hazali beri honest review

Pelakon drama Mr Grey, Eyra Hazali secara tiba-tiba trending namanya di laman Twitter. Rupanya ini kerana Eyra Hazali telah memberi…

16 hours ago

Nabila Huda ganti Awal Ashaari dan Janna, Amyra Rosli ganti Mira Filzah

Sudah sah bahawa Awal Ashaari dan Janna Nick bukan lagi host rancangan Melodi TV3. Hari ini merupakan episode terakhir Awal…

1 day ago

Awal Ashaari dihentikan sebagai host Melodi, diberi notis dua minggu

Awal Ashaari mengesahkan minggu ini merupakan rakaman terakhirnya dalam rancangan Melodi TV3. Pengacara berpengalaman ini ada membuat satu kenyataan kepada…

2 days ago

Caprice upload video peluk Ustaz Ebit Lew, tak ada tepis tangan

Melalui sesi live yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew, antara kisah yang diceritakan ialah tentang perjumpaan dengan Caprice di hotel…

3 days ago

This website uses cookies.