Categories: Hiburan

“Baju itu untuk wanita free hair” – Rizman Ruzaini marah dan kecewa

Pelakon Natasha Hudson menjadi topic hangat untuk beberapa hari ini setelah mengenakan pakaian yang agak mengejutkan di satu majlis.

Natasha Hudson mengenakan baju melihatkan seakan bahu yang terdedah, walaupun diketahui ianya ada berlapik di dalamnya.

Baju berkenaan sebenarnya telah direka oleh Rizman Ruzaini, namun ianya telahpun dijual kepada orang lain beberapa bulan lalu.

Setelah baju itu menjadi viral, Rizman Ruzaini akui amat terkejut kerana ianya dipakai oleh Natasha Hudson aitu selebriti yang telah berhijab walhal ianya direka untuk orang yang tak bertudung. Ini komen Rizman tentang baju ini.

“Secara jujur, saya marah apabila dapat tahu dia iaitu Natasha Hudson yang pakai baju berkenaan kerana diakan telah berhijab.

“Ini sebab, design baju itu dibuat untuk wanita yang free hair dan baju berkenaan pernah digayakan oleh pelakon Fasha Sandha.”

Jelas Rizman lagi, baju itu dijual kepada seserorng setelah diberi diskaun sebanyak 90 peratus sales, secara online.

“Baju berkenaan merupakan koleksi pakaian pengantin yang telah di design pada tiga tahun lepas dan kami telah lelong dengan potongan harga 90 peratus.”

“Sebagai designer baju berkenaan, saya terkejut dan agak kecewa kerana yang memakainya adalah seseorang yang bertudung.”

“Tindakan seperti ini boleh calarkan reputasi dan imej jenama Rizaman Ruzaini. Jenama ni dah 15 tahun.”

Rizman turut menegur agar individu yang mengayakan Natasha untuk lebih peka dengan imej seseorang apatah lagi yang telah berhijrah memakai tudung.

Natasha Hudson memakai pakaian berkenaan di satu majlis pelancaran produk kecantikkan. Selain menampakkan seakan bahu di bajunya, kain Natasha turut memperlihatkan bahagian betis kaki ketika dia berjalan.

Pelakon berumur 38 tahun ini berkata, dia memakai pakai baju yang dicadangkan oleh penganjur majlis. Natasha turut mengatakan memang ada team yang telah menggayakan fesyennya itu.

Recent Posts

“Dah hampir sebulan, bayang rumah tak nampak lagi” Fendy Caliph Busker

Sebelum ini ramai yang datang membantu pemain drum kumpulan Caliph Busker iaitu Fendy. Malah rumah…

8 hours ago

“Itu bukan saya” Shahrol Shiro nafi terbabit, siap beri bukti

Setelah ada laporan tentang pelawak yang terbabit satu kes besar di Negeri Sembilan, ramai yang…

15 hours ago

“Jangan ingat boleh lari” Linda Rafar

Linda Rafar telah terima mesej yang agak keterlaluan melalui DM dari seorang yang tak dikenalinya.…

17 hours ago

Ini kenyataan Tauke Raja Lawak

Ekoran ada laporan mengatakan pelawak berumur lingkungan 40an ditahan pihak berkuasa kerana kes di Negeri…

1 day ago

Tak minta maaf, Siti Nordiana fail saman jumlahnya RM2.5 juta

Siti Nordiana atau Nana telahpun failkan saman ke atas lima individu termasuk dua penyanyi popular…

1 day ago

Ini kenyataan penuh Ketua Polis, sahkan pelawak popular ditahan reman

Memang mengejutkan apabila pelawak terkenal telah ditahan pihak berkuasa di Negeri Sembilan pada hari Ahad…

1 day ago

This website uses cookies.