Banyak wanita DM, nak kahwin dengan Azal, tapi dia nak yang vogue saja

2,552 views

Selebriti tanah air Zarina Zainuddin ada buat kenyataan bahawa anaknya mahu berkahwin. Kemudian Zarina juga ada berkata akan membayar gaji kepada bakal menantunya itu, sekiranya mahu menjaga dan menjadi isteri kepada Azal.

Setelah kisah itu menjadi tular, Zarina mendedahkan dia telah menerima begitu banyak Direct Message, DM berkaitan hal berkenaan di laman Instagram miliknya.

Rata-rata mesej yang diterima adalah dari golongan wanita yang mahu berkahwin dengan Azal, salah seorang anak kembarnya yang telah di diagnose mengalami autism.

Zarina, turut mendedahkan range umur adalah ada yang sebaya dengan umur anaknya iaitu 25 tahun, dan ada yang lebih tua dari Azal, sehingga sebaya umur Zarina iaitu 51 tahun.

“Setelah kisah itu keluar media, sampai masuk Harian Metro, saya dapat DM yang amat banyak. Semuanya mahu berkahwin dengan Azal. Ada yang umurnya 36 tahun dan sebaya usia dengan saya pun ada. Ini kerana berpunca dari gaji yang saya offer tu.”

“Namun seperti yang pernah saya cakapl, Azal ni seorang yang memilih. Dia kata hanya mahu wanita yang vogue saja. Dia mahu yang cantik lawa, tidak memakai tudung, mempunyai kaki panjang, putih melepak dan hidungnya mancung.”

Melihat banyak mesej yang diterima, Zarina berkata dia tak balas semua mesej tersebut.

“Saya hanya baca saja mesej tersebut. Bukannya tak nak balas tapi takut nanti macam bagi harapan sebab anak saya ini seorang yang amat memilih. Apa yang anak saya gambarkan tu, rasanya hanya dongeng di dalam khayalannya saja. Apapun saya pasrah.”

“Kalau Azal boleh belajar untuk terima seadanya, syukur alhamdulillah. Tapi kalau tidak, biarlah dia tunggu hadrinya bidadari di syurga kelak.”

Tentang tawaran gaji yang dibuat oleh Zarina, ianya bergantung kepada wanita berkenaan, dan Zarina tak berkira sangat.

“Berkaitan jumlah atau amount gaji tu, saya sebenarnya tidak kisah nak bayar asalkan ianya sesuai dengan pilihan Azal.”