Kisah mengenai sikap sambil lewa penyanyi remaja Aiman Tino sehingga mengabaikan mesej-mesej dari keluarga dan abaikan kerjaya kini dah diketahui ramai.
Hal ini mula didedahkan oleh ibunya yang ternyata sudah tak tahan dengan sikap anaknya itu.
Aiman Tino telahpun pulang ke rumah setelah isu ini menjadi viral, dan bapa kepada Aiman iaitu Yusri dah sekolahkan anaknya itu.
Sebagai bapa, Yusri harap Aiman akan berubah terutama ianya melibatkan kerjanya sebagai penyanyi.
Jelasnya Aiman kena jawab semua call dan mesej kerana ianya penting terutama yang melibatkan kerjayanya.
“Pada malam tadi, Aiman ada pulang ke rumah dan telah berjumpa dengan ahli keluarga terutama ibunya. Kemduian, saya pula tarik Aiman dan bawa masuk bincang dalam kereta, sebab mungkin jika cakap depan adik beradik yang lain dia akan malu pula.”
“Saya dah beri ingatan pada Aiman tentang tanggungjawab yang dia kena galas sebagai seorang artis dan kesannya sekiranya dia terus lalai. Selagi ada yang cari Aiman, maknya dia masih ada job, jangan nanti jadi sebaliknya, dah tiada yang cari, baru Aiman pula sibuk nak cari job.”
“Tentang kerjayanya, yang penting ialah Aiman kena jaga disiplin termasuk jalin hubungan yang baik dengan pihak wartawan dan client. Ni kalau kerja biasa, memang dah kena surat amaran.”
Jelas Yusri lagi, Aiman kini dah dua tahun hidup berdikari, hidup sendiri tanpa keluarga. Akan tetapi, sebagai bapa, dia melihat Aiman tak dapat yakinkan dia mampu hidup berdikari,
“Sebelum ini Aiman ada cakap nak pindah duduk sendiri kerana dia tak nak susahkan kami. Kena berulang-alik dari Kuala Kubu Bharu ke Kuala Lumpur jika ada urusan kerja. Oleh kerana dia pun dah dewasa, saya pun lepaskan dia.”
“Bagi saya, boleh untuk dia hidup berdikari tetapi kena pandai bawa. Namun nampaknya Aiman gagal, makin lama jadi semakin teruk pula dan oleh itu Aiman kena disedarkan semula siapa dirinya.”
Itulah penjelasan dari bapa kepada Aiman Tino. Semoga penyanyi ini akan berubah selepas ini.
Sebelum kecoh juga tentang kes melibatkan Awal Ahaari sehingga kena dakwa kat mahkamah, gara-gara mengalihkan…
Pelakon Amar Asyraf dan wanita bernama Vivy Jeffry kini disahkan bukan lagi suami isteri setelah…
Pengarah dan penerbit Mawi akhirnya tampil membuat kenyataan tentang keadaan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim…
Baru beberapa berpisah dengan bekas isterinya Ellie Suriaty, pelakon dan pengarah Azri Iskandar akui kini…
Seorang pengguna Facebook telah bertindak mendedahkan satu perbuatan yang amat murni dari pelawak dan penyampai…
Datuk Ustaz Kazim Elias ada muatnaik mendedahkan dirinya terkena sakit yang tidak tahu apa puncanya.…
This website uses cookies.