Bawak lari kereta polis, nak tunjuk power depan awek

3,083 views

Semalam tak disangka, sebuah kereta polis telah dilarikan dua lelaki. Kes yang berlaku itu dikatakan dilakukan oleh dua orang adik beradik. Mereka melarikan kereta polis itu dari kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara sekitar pukul 9.15 malam tadi.

Kisahnya berlaku selepas dua beradik tersebut menyamar imposter, jadi anggota polis. Dari laporan dua lelaki itu kononnya anggota polis bahagian sumber teknologi maklumat.

Adik beradik itu bawa dua laptop dan memberitahu kepada penyelia kereta polis yang bertugas kononya nak buat pemeriksaan kamera dashcam dalam kereta berkanaan.

“Penyelia kereta itu merupakan seorang polis pangkat sarjan dan langsung tak syak apa-apa, dan beri kebenaran suspek buat pemeriksaan. Seorang daripada mereka kemudian ambil kunci dan pandu keluar kereta itu dari ibu pejabat daerah polis”.

Kereta polis itu mula disedari hilang setelah setengah jam atau 30 minit tidak kembali ke ibu pejabat. Mereka juga gagal dihubungi menerusi perhubungan walkie-talkie.

Suspek utama berumur 32 tahun kemudiannya memandu kereta dan ambil kekasih wanitanya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Lelaki itu dikatakan nak tunjuk kehebatannya melakukan perbuatan berkenaan kepada aweknya.

Dari yang diketahui, suspek itu bertindak pandu lari kereta tersebut sebab mahu menunjuk kepada teman wanitanya“.

Mereka dikatakan ada buat rancangan untuk smun kedai runcit sebelum bertolak ke Shah Alam.

Suspek utama itu kemudian telah berjaya diberkas pihak polis bersama teman wanita lingkungan usia 20-an.

Pasangan kekasih itu ditahan pada pukul 2 pagi semasa menaiki kereta polis berhampiran sebuah lampu isyarat di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.

Kemudian adik kepada suspek utama, lelaki berusia 28 tahun, di tahan pula di Tasek Gelugor, beberapa jam selepas penahanan abangnya itu. Bila diselidik, kedua-dua adik beradik itu memang ada rekod polis sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara iaitu Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor telah pun mengesahkan kejadian berkenaan dan kini sedang disiasat lebih lanjut.