Bekas isteri datang jadi penyelamat, lelaki dipujuk tak jadi terjun

2,026 views

Semalam kecoh jadinya apabila ada beberapa gambar dan video menunjukkan seorang lelaki dilihat mahu terjun di jambatan Rawang bypass.

Dari sumber, gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki berdiri di tembok sambil memeluk tiang.

Orang ramai dilihat cuba menenagkan lelaki berkenaan, sebelum pihak polis datang setelah menerima panggilan dari orang awam sekitar jam satu tengah hari semalam.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Kata polis, selepas mendapat panggilan, satu team dari anggota dari Balai Polis Rawang dan unit kereta peronda polis terus datang ke lokasi kejadian.

Turut serta ialah pihak penyalamat dari pasukan bomba. Ini kenyataan dari pihak polis.

“Semasa pasukan polis dan bomba tiba di lokasi, lelaki berkenaan yang berumur 50 tahun sedang diri atas pembahagi jalan dan berpaut pada tiang lampu jalan. Dia turut menyatakan hasrat mahu terjun.”

“Kami cuba memujuknya agar tidak membuat perkara berkenaan namun lelaki berkenaan berkeras akan terjun dimana ianya lebih kurang 100 meter ketinggian.”

Tak lama kemudian, ketika usaha memujuk dibuat, seorang wanita berusia 50 tahun telah hadir ke tempat kejadian. Wanita berkenaan merupakan bekas isterinya.

Setelah kehadiran bekas isteri, lelaki berkenaan mula lembut hati dan berjaya dipujuk dan turun.

“Lelaki berkenaan kemudian telah kena tahan untuk siasatan lanjut. Dari laporan, didapati dia buat sedemikian selepas alami krisis dalam perkahwinannya dengan bekas isterinya dan sudah bercerai pada tarikh 12 Januari tahun ini.”

“Dikatakan sebenarnya, lelaki berkenaan mahu memujuk bekas isteri untuk rujuk kembali kepadanya. Ini merupakan perkahwinan keduanya dan ianya terjalin selama empat tahun. Mereka tidak ada zuriat sepanjang perkahwinan.”

Selain itu, siasatan lanjut turut mendedahkan bahawa lelaki berekenaan baru saja berhenti kerja sebagai pemandu peribadi. Dari segi rekod lampau, lelaki tersebut tiada sebarang rekod dengan pihak berkuasa.