Categories: Hiburan

Bekas suami Lufya dedah punca penceraian

Dr Che Hafiz merupakan bekas suami kepada Lufya dan mereka umumkan perpisahan semalam. Sebenarnya mereka berdua bukan lagi suami isteri sejak bulan Jun yang lalu apabila Lufya dilepaskan dengan talak satu oleh Che Hafiz.

Hari ini, Che Hafiz tampil membidas ada dakwaan yang menuduhnya bukan-bukan dan antaranya ialah minati kaum sama jenis.

Doktor ini memberitahu punca perceraian mereka adalah kerana dah tak ada lagi persefahaman antara mereka berdua.

“Ada dakwaan tak betul tentang kononnya saya minat dengan kaum sama jenis, itu memang langsung tak betul. Saya bukan macam tu. Takkanlah kala badan sado je terus kena cop macam tu.

“Saya berpisah dengan Lufya bukan kerana hal itu dan bukan juga hadirnya orang ketiga. Namun memang terus terang, kami dah tak ada lagi persefahaman. Ada juga perkara lain yang jadi punca namun saya tidak dapat nak share pada umum.

Che Hafiz berkata memang ada timbul akaun palsu yang seperti memberi imej kurang baik padanya.

“Zaman kini ramai yang terkena. Mereka guna foto saya untuk buat akaun palsu. Saya ada Facebook dan Instagram sahaja. Yang akaun palsu tu, kalau nak tau siapa dalang di sebalik identiti itu, cubalah ajak lah dia keluar, tengok.

 “Saya sebagai seorang doktor takkan nak buat perkara kurang baik seperti itu. Ada bagusnya kalau saya buat perkara berfaedah.

“Hal ini saya ambil serius sebab tidak lama lagi saya akan buka klinik sendiri. Jadi saya tak mahu salah faham timbul”.

Dr Che Hafiz berharap orang ramai di luar sana tak cepat nak percaya dengan berita yang tak sahih yang bertebaran yang bercerita tentang dirinya.

Diimbas kembali Dr Che Hafiz dan Lufya bersatu sebagai pasangan suami isteri pada tahun 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak perempuan yang cute.

Share

Recent Posts

Azri Iskandar tukar nama kepada Azri Alexender, anak-anak bersuara tak setuju

Pelakon terkenal Azri Iskandar telah pun membuat satu pengumuman apabila ingin menukar namanya. Azri memilih…

3 hours ago

Anak Shuib berlari, gembira nampak Wan Sharmila

Nama pelakon Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala dikalangan rakan-rakan, mula jadi sebutan sejak…

2 days ago

Aril kini menganggur, tak ada kerja

Penyanyi dan pengacara Aril Pilus kini akui sudah menganggur dan tak bekerja sejak bulan Ramadan…

4 days ago

“Kalu Zul mesti ada dukung, walhal masa datang set, pelakon wanita pun saya tak salam” ~Zul Ariffin

Zul Ariffin diakui antara pelakon lelaki yang sedang laris ketika ini. Namun kerjayanya seringkali dikaitkan…

4 days ago

“Terima kasih layan mama” Panggil diri mama kepada Wan Sharmila, ibu Shuib beri hint?

Sebelum ini ramai pun tahu ramai yang melihat pelakon Wan Sharmila memang amat sesuai dengan…

4 days ago

“Saya dah fikir masak-masak, semuanya saya tanggung” Elyana mahu fokus jiwa, dan keluarga

Elyana kini sudah tidak lagi bertudungm satu keputusan yang dibuat oleh penyanyi ini setelah muatnaik…

5 days ago

This website uses cookies.