Categories: Hiburan

Beli Mercedes di usia 21 tahun, Scha Ellinea kerja sejak umur 15 tahun

Pelakon sedang meningkat naik Scha Elinnea telah berjaya membeli sebuah kereta mewah idamannya iaitu Mercedes-Benz, pada di usianya baru mencecah 21 tahun.

Kejayaan Scha Elinnea ini bagaimanapun tetapi mengundang komen serta persepsi yang tak elok kepadanya.

Dek kerana masih muda, ada yang menuduh pelakon ini mempunyai kekasih hati yang membelanya.

Ada juga mengatakan Scha mampu membeli kereta bernilan lebih RM200 ribu itu, datangnya dari hasil duit yang tak elok sumbernya.

Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen, berkata dia ada menerima mesej dari individu tak dikenali menuduhnya sedemikian. Scha dengan tegas menafikannya.

Ada orang mesej di DM, dan hantar screen shot ada yang komen seperti ini ‘dia ni mesti ada orang bela’. Cubalah fikir, takkanlah tak boleh nak fikir, dalam bulan Ramadan ini adakah saya nak bagi duit haram kat family saya atau beli kereta guna duit tak berkat. Saya takkan buat macam tu.

Tak kisah apa orang nak kata, saya okey saja. Buat apa nak ambil kisah. Orang yang kenali diri saya ni tahu mcam mana susahnya saya cari duit.

Bercerita lanjut, Scha Elinnea mendedahkan dia dah mula kerja dan cari duit sejak umur 15 tahun lagi.

Family saya dari golongan yang sederhana saja, bukannya orang kaya. Apa yang saya mahukan, saya kena usahakan sendiri. Ramai orang tak tahu sebenarnya saya start kerja dari umur 15 tahun. Masa tu saya jadi model dan buat review produk.

Pada umur 19 tahun baru saya masuk dunia hiburan sebagai pelakon. Saya jenis yang tak belanja duit pada beg, kasut mewah dan juga makan tempat yang mewah.

Setiap bulan saya mesti buat simpanan demi nak miliki kereta pada umur saya 21 tahun. Selain itu nak beli rumah sebelum umur saya 25 tahun.

Selain berlakon, Scha Ellinea juga sudah menceburi bidang perniagaan.

Recent Posts

Itu video lama, Shuk Sahar jelaskan video check in di hotel

Shuk Sahar hari ni naik namanya lagi. Dikaitkan juga dengan wanita yang sama sebelum ini…

3 hours ago

Ini identiti pelakon sertai perhimpunan bendera hitam semalam?

Semalam, pada pagi hari Sabtu, satu perhimpuan telah diadakan di Dataran Merdeka. Perhimpunan bertemakan bendera…

11 hours ago

Siti Nordiana tuntut RM200ribu setiap seorang dari Lan Solo, Syura dan rakan-rakan

Semua pun dah tahu pertelingkahan yang berlaku antara Siti Nordiana dan beberapa rakan termasuk dua…

2 days ago

“Pakcik ni memang sedih, dia luahkan perasaannya..” Puteri Sarah Liyana

Pelakon Puteri Sarah Liyana telah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pakcik yang viral di video…

3 days ago

“Saya tak kecil hati, betul kata dia tu, saya hanya serah pada Tuhan” Pakcik viral

Video viral seorang usahawan iaitu Carl Samsudin yang didakwa telah menjatuhkan air muka seorang warga…

3 days ago

Penyebar video dikenalpasti, peguam kata tujuannya nak jatuhkan Carl Samsudin

Laman media sosial sedang penuh dengan kisah yang melanda seorang influencer bernama Carl Samsudin ekoran…

4 days ago

This website uses cookies.