Categories: Viral

Beli rumah dapat isteri, wanita ini akan kahwini pembeli rumahnya

Beli rumah akan dapat isteri. Memang amat pelik tetapi itu merupakan antara tawaran pemilik rumah yang mahu jual rumahnya. Hal ini sedang jadi viral di negara jiran, Indonesia.

Seorang wanita yang berstatus janda iaitu Metha Kanzul telah menulis satu iklan yang mana dia mahu jual rumahnya, malah dia bersedia bernikah dengan individu yang mahu beli rumah berkenaan.

Metha Kanzul berumur 30 tahun dan kini tinggal di rumahnya di AirMesu Timur, Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung, Palembang.

Wanita ini menulis detail penjualan rumahnya itu melalui satu group Facebook dengan harga 185 juta Rupiah yang mana kalau tukar duit Malaysia ianya kira-kira RM54 ribu.

Selepas beberapa jam iklan itu ditulis oleh Metha Kanzul, ia terus jadi topic hangat dan tersebar di WhatsApp pula apabila gambar screenshot iklan itu di forward di semua group.

Setelah viral, tuan punya badan tampil akui memang dia yang menulis iklan itu, dan apa yang ditawarkan itu adalah benar belaka.

“Memang betul pun, saya nak jual rumah ini. Dan sekiranya dah ada pembeli dan jika jodoh dah tiba, saya memang dah sedia bernikah dengan pembeli rumah ini.

“Paling penting, jejaka berkenaan mestilah ada ilmu agama dan baik akhlaknya sebab saya harap bakal suami dapat bimbing saya dan juga anak-anak.

“Namun begitu, sekiranya rumah itu terjual, dan tiada jodoh, saya akan berpindah ke rumah family sebab selama ini hanya ibu saya yang duduk di rumah berkenaan”.

Setelah jadi viral, Metha akui ada banyak mesej peribadi yang diterimanya. Dedahnya, ada yang memang nak beli rumah itu dan ada juga yang nak berkenalan dengan dirinya.

“Saya tak kisah untuk reply mesej-mesej itu sekiraya mereka semua serius nak beli rumah berkenaan. Akan tetapi, jika tujuannya tak berapa jelas, saya terus abaikan mesej itu”.

Metha Kanzul memberitahu dia pernah kahwin sebelum ini, namun tidak bertahan lama. Kini, dia akui merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak lelaki.

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

12 hours ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

2 days ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

2 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

2 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

3 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

4 days ago

This website uses cookies.