Bini aku jangan usik, aku cari sampai dapat ~ Shuib Sepahtu

4,326 views

Semalam Siti Sarah Raisuddin luah rasa menyesal setelah ada individu yang perlekeh dan persoalkan sumbangannya kepada frontliner yang sedang bertugas ekoran wabak yang melanda.

Sarah berkata dia berniat baik untuk memberi sumbangan kerana frontliner banyak berjasa namun ternyata ianya disalah tafsir.

Melihat isterinya dalam keadaan kecewa, Shuib Sepahtu tidak duduk diam dan memberi respon balas tentang isu ini.

Shuib telah menulis di entry Siti Sarah itu dan memberi amaran kepada individu yang ganggu isterinya.

Ini amaran dari Shuib yang mempertahankan isterinya: “Siapa budak ni ye. Bini aku ko jangan nak usik. Aku cari ko sampai dapat.”

Penulisan Shuib yang proctective itu mendapat sokongan dari para followernya. Mereka meminta Shuib memberi pengajaran sedikit kepada orang yang suka bawa mulut seperti itu.

Ini tulis seorang follower bernama Melurputih: “Shuib cari jangan tak cari. Aunty dah pernah rasa macam mana orang duk mengata. Bila orang nak cari tahu pula dia takut nanti.

Ada juga yang meminta Shuib agar lebih bersabar dengan karenah netizen yang banyak ragamnya.

Diimbas kembali, Siti Sarah muatnaik komen yang menyatakan dirinya sebagai seorang yang berlakon baik dengan memberi sumbangan kepada frontliner.

Ini komen dari individu berkenaan: “Takyah nak acah-acah baik sangat la. Kalau nak bagi, beri jelah. Kau dengan laki kau memang suka menunjuk eh.”

Siti Sarah mengatakan memang rasa pelik dengan netizen yang tak puashati walaupun dia buat kebaikkan.

“Hidup ni kita tak dapat nak puaskan semua orang. Buat baik pun orang pandang serong.”

“Kenapalah dia rasa marah sangat tu ye, kita ada bagi benda yang tak elok ke. Ikhlas ataupun tidak, bukan kita yang boleh nak tentukan. Perkara tu rahsia dengan maha esa. Siapalah yang boleh judge keikhlasan seseorang.”

Semoga Shuib dan Siti Sarah teruskan usaha murni untuk terus memberi sumbangan kepada frontliner dan mereka yang terkesan. Semoga usaha kalian diberkati.