Categories: Hiburan

Bisnes kopi Shuib gulung tikar, Shuib sedih bagi free pun orang tak nak

Pelawak terkenal, Shuib dari kumpulan Sepahtu akhirny buka cerita tentang perniagaan lamanya iaitu business kopi. Sebelum berjaya dengan perniagaan air Bubble Bee, Shuib ada ceburi bidang minuman kopi sekitar tahun 2014.

Namun ternyata ianya gagal dan Shuib tutup buku perniagaan kopi berkenaan. Walaupun sedih, Shuib akur dan terima kenyataan bahawa kopi berkenaan tak laku di pasaran.

Bercerita tentang kisah business cofee itu, produk diberi nama Kopi Shuib itu hanya mampu terjual 3000 unit sahaja dan kemudian tiada permintaan langsung.

“Masa tu macam-macam yang saya dah buat dan usahakan. Semua saya buat sendiri, buat tanpa ilmu, pakai hentam saja. Pada mulanya Kopi Shuib ada stokes dan ejen namun semuanya hilang dan senyap”.

“Kalau ikutkan, sebenarnya Kopi Shuib ini sangat berkualiti, apakan daya, saya kena terima kenyataan dan hakikat bahawa tanpa team yang bagus, marketing yang baik, serta tanpa platform yang bagus, sesuatu produk itu tak boleh nak tahan lama dalam pasaran”.

Bercerita lanjut tentang pengalamannya menjual kopi, di saat akhir, kopi berkenaan nak diberi percuma pun taka da orang yang nak. Begitulah dugaan yang diterima Shuib ketika itu.

“Kopi yang saya order pada peringkat awal sebanyak 10ribu kotak dan saya hanya mampu jual dua atau tiga ribu unit kotak saja. Itu pun ada yang return semula”.

Tambah suami kepada penyanyi Siti Sarah, dia dan isteri tidak mampu berbuat apa-apa sehingga terpaksa memanggil lori datang untuk membuang kopi tersebut ke tempat pelupusan sampah apabila tarikh luput hampir tiba.

“Family mertua ada buka kedai makan area Kuala Selangor, saya pun letak kopi kat situ untuk jual, sampaikan buat discount sale sebab tarikh luput dah dekat. Ada sale pun orang taknak beli sangat. Bayangkanlah sampai satu tahap saya sedekahkan pada siapa yang mahu. Lagi sedih bila nak beri secara percuma ada yang tak mahu”.

“Sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Banyak masa dan wang saya habiskan. Saya guna duit dari show, shooting, buat program, duit menang Maharajalawak, semuanya saya habis buat business kopi”.

“Paling klimak sedih ketika semua kopi saya bawa balik rumah, saya letakkan dalam satu bilik dan penuh dengan kopi Shuib tu, semua nak tarikh luput”.

“Saya dan isteri hanya mampu tengok kopi mereput, Sarah paling sedih apatah lagi masa tu kami baru nak mulakan hidup baru, duit pula semua habis buat business Kopi Shuib ni”

“Saat sedih dalam hidup kami suami isteri, akhirnya kena hubungi lori datang rumah dan buang semua kopi yang expired ke tempat pelupusan sampah. Hancur hati kami suami isteri”.

Mengenang kesusahan dan kegagalannya dalam perniagaan kopi, Shuib tak putus asa, dan kini akhirnya, setelah terus berusaha, Shuib berjaya dengan perniagaan minuman Bubble Bee yang menjadi bualan ramai.

Share

Recent Posts

“Mampu ke cari pengganti macam aku, saya rupawan, genit manja” DS Vida

Semua pun dah tahu bahawa, Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang membawa diri ke negara jiran…

6 hours ago

Adik dedah mesej Datuk Fazley Yaakob “I’m not fantastic singer”

Dua kali berturut-turut penyanyi Dato Fazley Yaakob berada di dua kedudukan terbawah untuk rancangan Gegar…

10 hours ago

Peserta Gegar Vaganza 6, Roy masih terlantar di hospital

Penyanyi yang juga bekas peserta Gegar Vaganza iaitu Roy, dikatakan sedang terlantar dan masih lagi…

11 hours ago

Iqbal nak kenali Rossa lebih mendalam, “Suka tengok dia, sopan, tak gedik”

Berada di negara jiran Indonesia, Ahmad Iqbal turut menjadi perhatian setelah melahirkan hasrat untuk membeli…

21 hours ago

“Kenapa mereka diperlakukan begitu, memalukan Dato Fazley dan Ani Mayuni” ~penonton

Semalam minggu kedua Gefar Vaganza telah berlangsung dengan lancarnya. Sekali lagi Aliff Aziz dan Adibah…

1 day ago

Luahan Rosa Serra, Shuk tak beri kerjasama? Rasa digantung tak bertali

Rossa Sera isteri kepada pelawak Shuk Sahar dilihat kini bertekad untuk tidak mahu lagi hidup…

1 day ago

This website uses cookies.