Categories: Hiburan

“Bukan Aizat” Zahirah Macwilson ajar sebut nama anaknya dengan betul

Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini telah pun secara terbuka tayang wajah anaknya baru-baru ini di usia anaknya dua bulan. Nama yang dipilih juga memang sedap didengari iaitu Isaac Raees.

Baru-baru ini ramai para peminatnya yang bertanya tentang nama anaknya itu, dan ini termasuk cara yang betul nak sebut nama baby berkenaan.

Akhirnya Zahirah Macwilson pun menjawab soalan dari followernya menerusi Ig story.

Nama Isaac disebut seperti gabungan eye dan juga Zac. Cara sebuat Zac adalah seperti pelakon terkenal Zac Efron. Raees pula disebut seperti nama Rais sahaja.

“Cara sebut taklah terlalu susah pun. Tak ada hurut T dalam ejaan tu, bukannya Aizat. Isaac ni disebut seperti ini ‘eye-zac’ seperti nama Zac Efron. Mungkin lidah melayu jadi sebut seperti Zeck. Rais tu dah betul, Cuma ejaannya agak berbeza sikit.”

Ada juga netizen yang tanya kenapa pilih nama tersebut dan Zahirah menjawab kedua-dua nama itu memang dia amat suka.

“Saya memang amat sukakan nama Isaac. Nama berkenan saya dah save dalam phone sebagai top 5 nama yang saya suka. My mum pun amat suka dengan nama tu.”

“Kemudian bila saya suggested pada Aiman, dia pun suka dengan nama berkenaan. Sebenarnya sejak baby dalam kandungan di usia 4 hingga 5 bulan, kami dah mula panggil baby Isaac.”

“Raees juga top 5 pilihan nama kesukaan saya dan amat tertarik dengan ejaan yang unik. Saya juga nakkan nama dengan ada maksud yang baik dalam islamik selain jarang digunapakai orang.”

“Jadi nama Isaac Raees amat sesuai sangat untuk kami pilih. Isaac Raees sesuai untuk anak kecil kami yang mempunyai lesung pipit.”

Untuk yang tak tahu, maksud Rais dalam Bahasa Melayu ialah ketua atau pemimpin. Nama ini asalnya dari Bahasa Arab.

Diimbas kembali, Zahirah Macwilson selamat melahirkan anak sulung mereka itu di Perth, Australia pada tarikh 5 Januari 2021. Zahirah memilih negara berkenaan kerana ingin berdekatan dengan family nya yang tinggal di sana.

Share

Recent Posts

“Mampu ke cari pengganti macam aku, saya rupawan, genit manja” DS Vida

Semua pun dah tahu bahawa, Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang membawa diri ke negara jiran…

15 hours ago

Adik dedah mesej Datuk Fazley Yaakob “I’m not fantastic singer”

Dua kali berturut-turut penyanyi Dato Fazley Yaakob berada di dua kedudukan terbawah untuk rancangan Gegar…

19 hours ago

Peserta Gegar Vaganza 6, Roy masih terlantar di hospital

Penyanyi yang juga bekas peserta Gegar Vaganza iaitu Roy, dikatakan sedang terlantar dan masih lagi…

20 hours ago

Iqbal nak kenali Rossa lebih mendalam, “Suka tengok dia, sopan, tak gedik”

Berada di negara jiran Indonesia, Ahmad Iqbal turut menjadi perhatian setelah melahirkan hasrat untuk membeli…

1 day ago

“Kenapa mereka diperlakukan begitu, memalukan Dato Fazley dan Ani Mayuni” ~penonton

Semalam minggu kedua Gefar Vaganza telah berlangsung dengan lancarnya. Sekali lagi Aliff Aziz dan Adibah…

2 days ago

Luahan Rosa Serra, Shuk tak beri kerjasama? Rasa digantung tak bertali

Rossa Sera isteri kepada pelawak Shuk Sahar dilihat kini bertekad untuk tidak mahu lagi hidup…

2 days ago

This website uses cookies.