Categories: Hiburan

‘Bunga Raya’ juara The Masked Singer Malaysia, ini senarai penuh wajah disebalik topeng

Pada malam ini telah berlangsungnya pentas akhir untuk rancangan nyanyian the masked singer Malaysia.

Sebanyak 12 peserta telah menyertai rancangan ini dan dipentas final sebanyak 5 peserta yang tinggal untuk membuat persembahan.

Kesemua lima peserta memang hebat ketika final ini iaitu orang utan, bunga raya, wau, rajah brooke dan enggang.

Akhirnya keputusan dan wajah kesemua peserta dalam rancangan the masked singer Malaysia ini telah pun diketahui ramai.

Untuk musim pertama rancangan the masked singer Malaysia ini, ianya telah dijuarai oleh Aina Abdul yang menyanyikan lagu listen nyanyian asal Beyonce.

Naib juara adalah Vanessa Reynauld manakala tempat ketiga pula ialah orang utan iaitu penyanyi rap, Tuju.

Tempat keempat diduduki oleh Datin Alyah, penyanyi berusia 39 tahun. Manakala tempat kelima diduduki oleh Vince.

1 Bunga Raya: Aina Abdul penyanyi baru sedang meningkat naik.

2 Rajah Brooke: Vanessa Reynauld, bekas peserta Ceria Megastar.

3 Orang Utan: Tuju, rapper dari kumpulan K-Clique.

4 Wau:  Penyanyi Datin Alyah, isteri kepada Dato Ramli MS .

5 Enggang: Penyanyi Vince, bekas juara Akademi Fantasia musim pertama.

6 Rafflesia: Eina Azman, seorang pelakon jelita.

7 Reno: Chiwan Chilok, pelawak yang beberapa kali masuk Maharaja Lawak Mega.

8 Ayam Jantan: Hairul Azreen, pelakon filem aksi.

9 Musang King: Zain Hamid, ahli kumpulan Ruffedge, yang juga seorang pelakon.             

10 ABC: Yana Samsudin, pelakon filem Adnan Sempit dan juga seorang pengarah dan streamer game.

11 Rimau: Ebby Saiful, pelakon seangkatan dengan Azmil Mustapha. Popular dengan filem Ali Setan.

12 Nasi Lemak: Mirnawan Nawawi, penyanyi hoki berstatus lagenda.

Sebanyak sembilan orang juri cuba untuk meneka para peserta sejak minggu pertama. Mereka ialah Michael Ang, Aznil Haji Nawawi, Ella, Zizan, Angah, Nabila Huda, Ramona Zamzam, Remy Ishak, dan Raja Azura. Namun dipentas akhir, Zizan tak dapat hadir dan diganti oleh Mark Adam.

Share

Recent Posts

“Bila tiba giliran saya kenapa nak kena usik?” – Siti Nurhaliza

Penyanyi bersuara lunak iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai aura yang tak ada dimiliki selebriti…

34 mins ago

“Saya ingin jelaskan kekecohan tentang isteri saya”

Penyanyi dan composer lagu terkenal tanah air iaitu Haqiem Rusli, seringkali menjadi buah bicara kepada…

2 hours ago

Adira dilihat peluk, tenangkan madunya Datin Red, yang baru kehilangan ibu tercinta

Semua tahu yang Adira dah lama hidup bermadu setelah menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri…

18 hours ago

“Nak anak dara.. Janda makcik tak nak” Ibu Wak Doyok reject janda sebagai menantu

Sedang tular satu video yang mana ibu kepada ikon fesyen yang juga ahli perniagaan iaitu…

24 hours ago

“Lama tunggu nak bahagia macam ni” Perkahwinan kelima Natasha Hudson paling bahagia

Pelakon Natasha Hudson mengakui, perkahwinanny akali ini memang lain dari yang ain. Ianya dilihat dari…

1 day ago

Raja Azmi akui dua tahun tanggung suami, sejak hilang punca pendapatan

Penerbit Raja Azmi, 62 tahun akui kini dia sedang menanggung suaminya yang juga pemuzik, Mohd…

2 days ago

This website uses cookies.