Bunga yang dipegang Intan Ladyana jadi isu, baca pendedahan florist ini

4,682 views

Intan Ladyana dan Harris Aliff kini selamat bergelar sebagai pasangan suami isteri. Mereka diijabkabulkan pada hari Jumaat pada jam 10 pagi.

Setelah selamat bergelar suami isteri, Intan Ladyana ada muatnaik beberapa keping gambar bersama suaminya itu di laman media sosial.

Namun tak disangka, ada satu isu yang timbul dalam majlis berkenaan. Isu yang timbul ialah berkenaan dengan bunga tulip berwarna merah jambu yang dipegang oleh Intan Ladyana.

Jika dilihat di IG Intan Ladyana, hand bouquet itu diberi kredit dan ditaja oleh florist Haeja Budiman. Namun secara tiba-tiba ada kedai bunga lain tampil mendedahkan itu adalah hasil kerjanya iaitu florist Fleury Tale.

Florist Fleury Tale bernama Elissa Roslan mendedahkan ada orang lain yang beli bunga tulip itu darinya dan dia tak tahu bahawa pembeli itu ialah dari Haeja Budiman.

Jelas Elissa, dia tak kenal dengan pembeli berkenaan tapi ketika membeli, segala butiran seperti nama Ig dan kad tidak di isi.

“Saya ingat dia mahu beli untuk rakannya. For bookings, saya ada borang untuk customer dan ini termasuk detail seperti laman IG, dan ketika itu pembeli berkenaan tidak mengisinya. Malah pembeli juga mengatakan tidak perlu sebarang kad.”

“Saya ingat nak letak juga brand tag, namun pembeli juga sekali lagi tak mahu sebarang tag, saya akur dengan permintaan customer.”

“Kemudian keesokannya harinya, saya ada lihat laman Ig Intan Ladyana, dan ternampak bunga yang dipegang amat similar dengan bunga saya.”

“Banyak sangat yang sama termasuklah warna ribbon yang saya guna untuk hias bunga berkenaan. Kemudian saya lihat ianya di creditkan kepada Haejabudiman.”

“Saya ada hubungi Ig berkenaan dan akhirnya pihaknya meminta maaf. Katanya ketika ini dia dalam pantang dan dia tak dapat nak menyiapkan permintaan pihak Intan Ladyana. Sebenarnya ada sponsorship contract antara mereka.”

“Namun saya tak pasti sama ada dia sedar bahawa ianya amat tidak beretika untuk dia buat seperti ini. Dia ambil karya dan hasil kerja saya dan telah claim ianya hasil kerjanya.”

Elissa memberitahu, kini hal berkenaan isu bunga itu sudah diketahu oleh pihak Intan Ladyana.