Categories: Viral

Cantiknya kereta raya Uqasha Senrose, pandai pilih warna

Pelakon Uqasha Senrose kini antara pelakon yang amat laris mewarnai drama-drama di kaca televisyen, memang banyak drama menampilkan Uqasha sebagai watak utama sekarang ni. Syukur rezeki buat Uqasha Senrose.

Kalau dah popular, sudah tentu ramai peminat nak tahu banyak benda tentang selebriti kegemaran mereka. Antaranya yang ramai nak tahu ialah kereta apa yang digunakan.

Untuk pengetahuan, Uqasha Senrose memiliki sebuah kereta jenama Range Rover, sebuah kereta yang amat maskulin dan ranggi. Kalau nampak di atas jalan raya memang nampak gah.

Berbanding orang lain, Uqasha Senrose memang suka tukar warna keretanya. Yang terbaru Uqasha telah tukar warna kereta Range Rover miliknya itu kepada warna biru muda.

Pelakon ini telah muatnaik sekeping foto terkini kereta miliknya, sesuainya dengan kehadiran hari raya pada tahun ni. Warna kereta baru untuk hari raya. Walaupun tak boleh raya sebab PKP, tapi tak apa, kereta tetap bergaya.

Ini gambar warna kereta baru Uqasha.

Kedai yang menukar warna kereta Uqasha Senrose iaitu R124 Autoart, turut muatnaik gambar warna terbaru kereta Uqasha, yang mana ianya menggunakan wrap.

Ini tulis kedai berkenaan. “Salam, syukur alhamdulillah akhirnya dapat tunjuk color pilihan cik Uqasha Senrose kita ni. Pilihan hati Uqasha untuk kali ni dia mahukan warna soft blue and sweet je, tapi uqasha pandai pilih brand Teckwrap sebagai pilihan utama. Buat kali ke empat, warna code china blue CG22 HD menjadi pilihan hatinya. Untuk info, kalau ada HD ni effect dia akan nampak lagi kilat and smooth. Thanks Uqasha sebab support kami, sejak dari 2019 lagi.

Uqasha dilihat berpuas hati dengan penampilan warna keret abaruny aitu dan berterima kasih kepada kedai berkenaan. Ini tulis Uqasha: “Terima kasih, thank you kakak.

Untuk info ini kali keempat Uqasha tukar warna kereta Range Rover miliknya itu menggunakan wrap di kedai berkenaan. Tapi warna biru lembut ni memang cantik betul.

Share

Recent Posts

“Saya pun kena, diminta minum di kelab” Uyaina Arshad

Pelakon yang kini sedang meningkat namanya iaitu Uyaina Arshad ada buat satu pendedahan bahawa ada…

12 hours ago

Tauke Jambu belum beristeri dua, itu semua lakonan semata

Baru-baru ini melalui satu video temubual dengan portal Mstar, Tauke Raja Lawak hadir bersama wanita…

1 day ago

Dugaan buat Ella.. “Hanya family yang tahu keadaan saya ni”

Dalam diam rupanya penyanyi rock terkenal tanah air, Ella Aminuddin, 55 tahun, kini mengalami anxiety…

1 day ago

Tauke akui kahwin dua dengan Shu, dapat izin dari isteri pertama, Nadia

Pelakon dan pelawak Tauke Jambu kini dah menjawab semua soalan tentang kisah perkahwiannnya. Tauke memberi…

2 days ago

“You jangan nangis, ampunkan I..” Ini perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah

“You jangan menangis, daddy jangan sedih ye. Ampunkan dosa-dosa saya tau. Love you.” Itu ungkapan…

2 days ago

Ramai sebak Shuib datang Sepahtu Reunion, buat kejutan pada Jep, Ilya dan Rahim

Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live 2021 telah berlangsung secara live malam tadi. Namun episode kali…

2 days ago

This website uses cookies.