Categories: Viral

Caprice dikompaun RM10k, Heliza Helmi, Mawar Rashid, Iman Troye kena RM1500

Caprice akui telah dikenakan saman kompaun sebanyak RM10 000 ke atas syarikatnya iaitu Rindu Raudah.

Saman dikeluarkan setelah Caprice didapati salah sebab gagal pastikan tetamu pakai mask di satu event anjurannya pada bulan Ramadan lepas.

Penyanyi berumur 33 tahun ini merasakan reputasi syarikatnya telah tercalar akibat tindakan seorang instafamous yang menjadi punca kes ini viral.

Ini kenyataan Caprice melalui laporan Mstar.

“Bagi saya kalau ikutkan keadilan memang tak patut kena kompaun kerana taa ada satu pun gambar saya langgar SOP, tapi nak buat macam mana saya jadi penganjur.”

“Hanya kerana seorang personaliti media sosial ini, habis semua artis-artis lain pun kena kompaun. Saya tak kisah dengan jumlah sepuluh ribu saman tu tetapi reputasi syarikat dan diri saya dicalar.”

“Sebab sebelum ini saya sering ingatkan orang ikut SOP tapi sekarang sebab dia seorang, habis yang lain kena.”

Selain Caprice selebriti lain yang kena saman termasuk Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Iman Troye, Nurin Afiqah Zulkifli, Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob. Semua kena saman RM1500 setiap seorang.

Dek kerana isu ini, hubungannnya dengan wanita instafamous berkenaan telah musnah, malah Caprice telah menyaman wanita berkenaan.

“Saya dan dia memang baik sebelum ini dan saya sendiri jemput dia ke event tu malah dia jadi antara yang sponsor untuk goodie bag.”

“Namun bila viral foto-foto yang dimuat naik, namun kita minta dia bekerjasama namun dia buat bodoh ja. Jika dia ngaku salah, kami dan artis-artis lain pasti tidak akan kena saman.”

“Sekarang ni kes mahkamah saya dengan dia sedang berjalan. Saya failkan saman kerana dia langgar SOP majlis dan jatuhkan reputasi syarikat saya. Kemudian dia pun ada hantar surat saman mengatakan saya fitnah dia, kita tunggu saja kes ini dibicarakan.”

Itulah kes yang berlaku antara Caprice dengan seorang influencer terkenal tanah air.

Share

Recent Posts

“Saya pun kena, diminta minum di kelab” Uyaina Arshad

Pelakon yang kini sedang meningkat namanya iaitu Uyaina Arshad ada buat satu pendedahan bahawa ada…

6 hours ago

Tauke Jambu belum beristeri dua, itu semua lakonan semata

Baru-baru ini melalui satu video temubual dengan portal Mstar, Tauke Raja Lawak hadir bersama wanita…

1 day ago

Dugaan buat Ella.. “Hanya family yang tahu keadaan saya ni”

Dalam diam rupanya penyanyi rock terkenal tanah air, Ella Aminuddin, 55 tahun, kini mengalami anxiety…

1 day ago

Tauke akui kahwin dua dengan Shu, dapat izin dari isteri pertama, Nadia

Pelakon dan pelawak Tauke Jambu kini dah menjawab semua soalan tentang kisah perkahwiannnya. Tauke memberi…

2 days ago

“You jangan nangis, ampunkan I..” Ini perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah

“You jangan menangis, daddy jangan sedih ye. Ampunkan dosa-dosa saya tau. Love you.” Itu ungkapan…

2 days ago

Ramai sebak Shuib datang Sepahtu Reunion, buat kejutan pada Jep, Ilya dan Rahim

Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live 2021 telah berlangsung secara live malam tadi. Namun episode kali…

2 days ago

This website uses cookies.