Categories: Hiburan

Cerai kali ketiga, Fiza dan pilot bukan lagi suami isteri

Pelakon dan penyanyi Fiza Halim dah lama tak muatnaik gambar bersama suaminya iaitu seorang pilot bernama Aizat Al Jefri.

Setelah sekian lama mendiamkan diri tentang hal ini, Fiza akui, dia dan Aizat sudahpun bercerai pada bulan Julai tahun lalu.

Ini merupakan kali ketiga rumah tangga yang dibina Fiza berakhir dengan perpisahan.

Saya perlukan masa untuk ceritakan hal ini, sebab ianya bukanlah mudah. Sekarang ni, kekuatan dah ada pada diri saya untuk dedahkan status terkini saya.

Ye memang betul kami dah berpisah, kami bercerai talak satu dan saya telah diceraikan melalui mesej di WhatsApp.

Punca kenapa kami berpisah, ianya biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tidak nak ceritakan aib sesiapa.

Tiga kali perkahwinan gagal, sudah tentu ramai yang buat persepsi tersendiri kepada Fiza. Pandangan serong sudah pasti Fiza terima.

Sudah pasti ada yang akan pandang serong pada saya. Akan tetapi, saya ni hanya manusia biasa yang sentiasa diuji. Saya tak hidup dek puji, tak mati dek kata kejian.

Sejak bercerai dengan suaminya, Fiza akui sentiasa fikir tentang diri sehingga sukar untuk tidur.

Mata dah rasa mengantuk, tapi saya memang tak dapat tidur. Otak jalan saja fikirkan banyak benda termasuk nasib diri saya ni.

Boleh kata, saya hilang arah. Namun begitu, saya tetap bersyukur sebab ada yang offer kerja baru. Mungkin saya akan mempertimbangkan tawaran kerja itu.

Menjawab kisah dengan Saiful Apek, Fiza hanya ketawa saja sebab mereka hanya kawan, malah yang ambil foto itu ialah isteri Apek sendiri.

Tak ada maknanya saya jadi isteri kedua Apek. Kami bertemu di satu program. Gambar itu isteri Apek yang ambil. Kami hanya ketawa tentang gosip ni.

Bekas suami Fiza yang pertama bernama Farriq dan mereka berkahwin pada tahun 2010, mempunyai dua orang anak perempuan.

Fiza kemudian berkahwin dengan Ada AF, pada tahun 2013 namun jodohnya juga tak kekal.

Pada tahun 2016, Fiza berkahwin dengan Aizat seorang pilot yang juga duda anak dua. Sepanjang bernikah, mereka mempunyai seorang anak perempuan.

Share

Recent Posts

“Selama ni I menangis pada you” ~Puteri Sarah pada Neelofa.. Lofa antara yang tahu awal

Kisah yang melanda rumah tangga Puteri Sarah Liyana diganggu orang ketiga rupanya dah diketahui oleh…

5 hours ago

“Saya tak mereka-reka cerita” Lufya Omar

Ramai yang bersimpati terhadap pelakon Lufya Omar setelah mendedahkan dirinya dan anak telah alami satu…

7 hours ago

“Memang trend bercinta dengan suami orang eh, ingat dah insaf” ~ Fizi Ali

Nama penyampai radio Suria FM, iaitu Fizi Ali seringkali jadi topic percakapan orang ramai di…

9 hours ago

“Kepada sesiapa penyondol, lepas ni berhati hati” Puteri Sarah Liyana

Kini pelakon Puteri Sarah Liyana dah pun ambil tindakan menyaman wanita bernama Ira Kazar yang…

21 hours ago

“Kau ingat sikit, ni peserta budak” Mas Idayu menjerit, sampai menangis peserta cilik, rupanya lakonan saja

Kini satu rancangan reality melibatkan peserta cilik atau kanak-kanak sedang berlangsung. Rancangan ini ialah Ceria…

24 hours ago

“Saya rasa amat selamat dengan Awie” ~ Erra Fazira

Erra Fazira akan tampil bersama Awie dalam Konsert Awie Romantika yang bakal diadakan di Sabah.…

1 day ago

This website uses cookies.