Chacha Maembong nafi terlibat, hanya kenalan Datin Alya bukan rakan karib

28,118 views

Isu melibatkan kes ubah wang yang sedang disiasat pihak SPRM antara paling banyak dapat perhatian kebelakangan ini.

Ianya terus jadi sebutan orang ramai kerana pihak berkuasa kini sedang menyiasat cara suspek mencucui yang berkenaan. Sebelum ini pihak berkuasa akui ada miliki nama-nama yang dalam siasatan termasuklah ada selebriti.

Dek kerana isu ini, habis nama Shuib Sepahtu dan Fara Mendoza turut terpalit, namun ianya telah dinafikan oleh kedua individu berkenaan.

Kini timbul juga tanda tanya adakah Chacha Maembong juga terlibat kerana ada perniagaan yang baru sahaja diusahakan oleh pelakon ini.

Oleh kerana ada timbul dakwaan, akhirnya tuan punya badan tampil untuk pertahankan dirinya. Menerusi satu entry di laman Instagram milik Chacha, pelakon ini dengan tegas nafi penglibatannya dengan wang dari sumber berkenaan.

“Ada yang beritahu saya bahawa ada individu menerusi media sosial telah buat kenyataan tak betul tentang saya.

“Katanya saya mula business dari individu bergelar Datuk dan kononnya saya ada terlibat dalam aktiviti yang tidak elok. Saya di sini mahu menafikan sekeras-kerasnya bahawa hal itu tak benar sama sekali.

“Sebelum pembocoran kes berkenaan, saya langsung tak kenal dengan Datuk Zaidi Kanapiah dan tak pernah ada hubungan dengannya”.

Chacha Maembong juga sempat menerangkan hubungannya dengan Datin Alya setelah ada gambar dirinya bersama datin tersebut.

“Saya mahu sahkan bahawa foto berkenaan diambil ketika saya pertama kali jumpa Datin Alya pada Januari 2017. Saya kenal sebagai kenalan saja dan bukanlah sebagai kawan karib.

“Ingin ditegaskan bahawa dana business saya ini adalah dari titik peluh saya sendiri. Tak ada langsung kaitan dengan penglibatan dana dari sumber lain-lain”.

Chacha Maembong juga akan ambil tindakan melalui lawyernya dan mahu mereka yang buat kenyataan tak betul memohon maaf kepadanya.

Dalam pada itu, Fara Mendoza turut menulis komen kepada Chacha Maembong. “Siapa yang buat kenaytaan bukan-bukan, kalau tak tahu apa-apa jangan memandai, saman je Chacha”.