Categories: Viral

Cikgu Geografi jadi ibu mertuaku, bercinta dengan anak cikgu

Ini adalah satu kisah menarik yang dikongsikan oleh seorang wanita yang telah menjadi menantu kepada gurunya sendiri di sekolahnya dulu ketika dia berada di tingkatan tiga (form 3).

Cerita lucu itu telah dikongsikan oleh wanita yang dikenali sebagai Mas Amirah Mohamed Shah Budin yang sudah menjadi suri hati kepada suaminya yang juga merupakan senior di sekolah dulu.

Tidak sangka usikan rakan-rakan sekolah dan gosip di antara dia dan suaminya telah membawa mereka ke jinjang pelamin.

Mas Amirah dan suaminya Mohamad Aidee Amr Nazri menceritakan detik perkenalan antara mereka. Ini kisah mereka berdua yang viral:

“Sya daftar masuk di sbuah sekolah menengah di Kuala Lipis ketika Tingkatan Satu tapi agak lambat iaitu pada Februari kerana berpindah dari sekolah lain. Biasalah, mula-mula msuk memang tk ada kawan lagi.

“Dipendekkkan cerita, ketika itu sekolah sedang anjurkan sukan tahunan. Sya yg sedang duduk sorg ketika itu dihampiri oleh beberapa pelajar perempuan senior bertanyakan sama ada saya ini sedang bercinta dengan seorang pelajar bernama Am.

“Padahal sya memang tak kenal langsung dengan orang yang mereka katakan itu. Sya tertanya-tanya juga siapa yang dimaksudkan pelajar bernama Am itu. Masa cerita itu tersebar, suami sya yang ketika itu di tingkatan tiga juga tidak mengenali saya,”

“Kawan sa,a kelas minta buat biodata, lepas itu saya letak pengenalan nama pada biodata itu ‘Mas Am’ yang bermaksud Mas Amirah, nama sendiri. Namun pelajar lain ingat Am itu merupakan nama pelajar lelaki itu, sedangkan sebenarnya tidak ada kena mengena pun.

“Dek kerana kisah itu, kami berdua yang tak kenal satu sama lain, mula nak tak tahu siapa sebenarnya tuan empunya badan. Ketika itu sya langsung tak tahu dia adalah ank salah seorang guru di sekolah itu. Lepas satu tahun kemudian, barulah dia tegur saya menerusi pesanan mesej di Facebook. Start dari situ, kami berkawan dan berkenalan.

“Memang tidak disangka bahawa ibunya, Cikgu Siti Asiah Mohd Zuldin mengajar mata pelajaran Geografi ketika saya di Tingkatan Tiga dan kakaknya pulaa guru kelas ketika sya di Tingakatan Lima serta mengajar subjek Sejarah” 

Menurut Mas Amirah lagi, semasa di sekolah dia juga boleh dilabel agak nakal kerana sering kali datang lewat ke sekolah namun selalu selamat kerana suaminya itu merupakan pengawas sekolah.

Turut menceritakan bahawa dia sangup menyamar dengan pakai purdah semasa datang ke jamuan di rumah mak mentuanya kerana tidak mahu di cam oleh keluarga suaminya itu.

Dalam masa yang sama, suaminya juga memberitahu bahawa walaupun isterinya agak nakal namun dia tetap menghormati dan ramai di kalangan guru-guru amat senang dengan sikap isterinya itu.

Share

Recent Posts

“Saya pun pernah kena” Jiran Awal Ashaari, Lufya Omar dedah perangai management

Sebelum kecoh juga tentang kes melibatkan Awal Ahaari sehingga kena dakwa kat mahkamah, gara-gara mengalihkan…

1 hour ago

Sah talak tiga, ini luahan hati dari Vivy Jeffry, bekas isteri Amar Asyraf

Pelakon Amar Asyraf dan wanita bernama Vivy Jeffry kini disahkan bukan lagi suami isteri setelah…

3 hours ago

“Saya tengok dengan mata saya sendiri, memang itu keadaan Ustaz Kazim” Mawi

Pengarah dan penerbit Mawi akhirnya tampil membuat kenyataan tentang keadaan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim…

18 hours ago

Azri Iskandar masih keliru, akui tak menolak rujuk semula dengan Ellie Suriaty

Baru beberapa berpisah dengan bekas isterinya Ellie Suriaty, pelakon dan pengarah Azri Iskandar akui kini…

21 hours ago

“Padanlah rezeki dia murah” Sikap terpuji Johan Raja Lawak, sampai berhenti tepi jalan

Seorang pengguna Facebook telah bertindak mendedahkan satu perbuatan yang amat murni dari pelawak dan penyampai…

23 hours ago

“Menda kau ni, tak patut komen macam tu. Ini bukan masa bergurau Aeril Zafrel”

Datuk Ustaz Kazim Elias ada muatnaik mendedahkan dirinya terkena sakit yang tidak tahu apa puncanya.…

1 day ago

This website uses cookies.