Cuba kejutkan untuk sarapan namun dia sudah tak sedarkan diri – Datuk Jamali Shadat sudah tiada

1,744 views

Datuk Jamali Shadat disahkan telah pergi buat selamanya pada hari ini di usi 78 tahun.

Pelawak ini telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8 suku pagi tadi di rumah salah seorang anaknya di Pulau Indah, Klang, Selangor.

Anak bongsunya iaitu Sazli Jamali turut tampil mengesahkan berita yang amat duka ini.

“Ayah kini sudah tiada lagi. Saya diberitahu bahawa arwah ayah menghembuskan nafas terakhirnya di atas katil.”

“Insyaallah, segala urusan pengebumian ayah akan dipercepatkan. Berkemungkinan ianya akan dibuat selepas Zohor atau Asar pada hari ini.”

“Arwah ayah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah.”

Dalam pada itu, anak yang menjaga Jamali Shadat iaitu Fauzi Jamali memberitahu bahawa dia hanya sedar pemergian ayahnya apabila isterinya mahu kejut ayahnya untuk bersarapan.

“Saya sedari ayah sudah tiada apabila isteri saya nak kejutkan ayah untuk makan sarapan tapi bila dia tak sedarkan diri. Kemudian sata terus call klinik terdekat.”

“Doktor datang dan periksa kemudian sahkan ayah sudah meninggal dunia pukul 8.15 pagi tadi.”

Sebelum pergi buat selamanya, Fauzi mendeahkan tiada yang berbeza secara ketara cuma selera makan semakin berkurangan pada beberapa hari ini.

“Ayah tak ada nampak perubahan ketara tetapi semalam apabila isteri saya suapkan makanan, dia hanya makan tiga empat sudu saja, sebelum ini dia ada juga berselera nak makan macam biasa.”

Allahyarham Jamali Shadat popular dengan gaya tersendiri seperti meniru suara kanak-kanak ketika buat stand up komedi.

Dua tahun lepas, isterinya telah pergi buat selamanya dan di saat itu Jamali Shadat mula terkesan.

Datuk Jamali Shadat hilang semangat dan sering berdiam diri. Sebelum ini, semua urusan termasuk jadual aktiviti seni dan kehidupannya diuruskan oleh arwah isterinya.

Pelawak ini sering termenung saja. Rumahnya terletak bersebelahan dengan rumah anaknya Fauzi dan mereka yang menjaganya sejak itu.