Danial Lawak Solo beli kereta mewah Mercedes Benz

4,002 views

Bekas juara lawak solo yang kini deejay radio Era FM iaitu Danial Zaini telah membeli sebuah kereta jenama Mercedes Benz baru-baru ini.

Sebenarnya, Danial akui dia telah tersilap mumuatnaik gambar kereta berkenaan di laman media melalui Ig story baru-baru ini.

Kata pelawak ini, dia pada mulanya hanya nak upload untuk rakan terdekat sahaja namun salah setting kepada public pula.

Apapun, katanya, ini adalah usaha kerasnya dalam bidang seni ini selama 10 tahun. Oleh itu, gambar ini diharapkan dapat naikkan semangat mereka di luar sana untuk kerja keras.

Kalau ikutkan saya hanya nak berkongsi kepada ‘close friends’ di Instagram namun saya tersilap post pulak. Apapun, foto berkenaan adalah mangkin yang dapat bakar semangat kepada semua orang apatah di kala waktu yang sedang melanda dunia ketika ini. Saya nak buktikan kerja keras selama 10 tahun, insyaallah kita akan dapat capai apa yang kita impikan.

Memang banyak cabaran yang dihadapi oleh Danial ketika berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur sejak 10 tahun lalu. Sebelum ini Danial pernah bercerita dia jalan kaki untuk pergi kerja malah pernah tak dibayar gaji selama 3 bulan dan terpaksa makan biskut sahaja.

Tentang isu kewangannya, Danial berkata dia memang banyak simpan duit gajinya dan jarang beli barang yang mahal.

Sebenarnya ia bergantung pada diri sendiri untuk memilih membeli barangan apa. Saya menguruskan kewangan sendiri dan mula menyimpan duit hasil kerja selama 10 tahun dengan cara saya sendiri”.

Semua orang tak selamanya di atas dan tak selamanya ada kat bawah saja. Buat masa kini, syukur saya ada simpanan yang cukup, alhamdulillah saya dapat beli kereta idaman saya ni”.

Saya tidak minat nak beli pakaian dan barang mahal-mahal, kerana itu saya berani ambil kereta saya ni”.

Masa beli kereta baru ni juga, kereta lama sama banyak meragam dan rosak sana sini jadi saya dah jual. Kereta ni keperluan saya. Memang tak ada niat nak menunjuk”.

Kata Danial, sebenarnya dia dah set kan sebanyak 80 peratus dari gaji akan disimpan dan dilabur untuk business. Kemudian dia tak akan lupa untuk beri orang tuanya wang di kampung.

Apapun, business yang dibuat ni bukanlah dengan cara membohongi orang atau skem. “Kereta ni saya beli secara hutang, tak ada pun kena mengena dengan aktiviti skem”. Itulah kata Danial secara seloroh.

Kereta Mercedes Danial ini berwarna hitam, dan menggunakan nombor plat pendaftaran yang ditempah khas. Tahniah untuk Danial Zaini atas kereta baru ini.