Categories: Hiburan

Datuk Awie pelik, rimas masih ada budak datang raya ke rumahnya

Sekarang ni tengah ada perintah kawalan pergerakkan ekoran tersebarnya Covid19. Semua muslimin dan mulimah yang menyambut hari raya sempena ketibaan bulan Syawal, tak diberi kebenaran untuk balik ke kampung seperti tahun sebelum ini.

Aktiviti melawat dan juga open house yang sinonim dengan sambutan hari raya juga tak dibenarkan dibuat secara besar-besaran pada tahun ini.

Sambutan hanya dibenarkan pada hari raya pertama dan kepada ahli keluarga sahaja serta tak boleh lebih dari 20 orang tetamu setiap waktu.

Ekoran perintah dan arahan berkenaan, ramai yang hanya duduk rumah dan melawat keluarga terdekat sahaja, namun lain pula yang berlaku kepada penyanyi hebat tanah air iaitu Datuk Awie.

Vokalis ini meluahkan rasa hairan dan bimbang ada anak-anak kecil yang sibuk nak datang ke rumahnya untuk beraya.

Jelas Awie, ada kanak-kanak yang telah cuba nak datang raya ke rumahnya pada hari pertama sambutan Syawal yang lalu, membuatkan Awie agak rimas dan berang.

“Saya rasa amat pelik macam mana mak ayah ada yang boleh biar anak mereka keluar dengan rakan ketika ada situasi seperti ini.

“Tidak tau mana datangnya kunpulan budak-budak ni dan berani betul mak ayah beri kebenaran anak keluar jalan beraya. Saya nak mohon maaf sebab saya memang tegas dalam perkara ini”.

Datuk Awie tak benarkan orang lain selain family dan teman rapat sahaja boleh datang ke rumah. Malah, pada tahun ini, Awie memang ikut sop yang diperintah oleh kerajaan.

“Saya sambut raya kat rumah sendiri saja dan kemudian ada pergi beraya rumah kakak saya. Pada hari raya pertama, rumah saya diziarahi oleh adik beradik saja.

“Pada hari raya kedua, ada rakan yang datang bertandang juga tetapi yang betul-betul rapat. Saya tak mahu ada ramai tetamu sebab risau juga kalau ada orang yang tak suka saya akan buat report polis lepas tu nanti boleh jadi isu pulak.

“Oleh itu lebih baik tak perlu nak cari pasal. Kalau berlaku apa-apa, nanti dikata pula ada kluster Awie”.

Itulah penjelasan dari Awie. Kepada ibu bapa di luar sana, harapnya dapatlah jaga anak-anak dengan lebih tegas dan jangan bagi keluar selalu. Kalau dah terkena nanti, kan susah.

Share

Recent Posts

Azri Iskandar tukar nama kepada Azri Alexender, anak-anak bersuara tak setuju

Pelakon terkenal Azri Iskandar telah pun membuat satu pengumuman apabila ingin menukar namanya. Azri memilih…

1 day ago

Anak Shuib berlari, gembira nampak Wan Sharmila

Nama pelakon Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala dikalangan rakan-rakan, mula jadi sebutan sejak…

3 days ago

Aril kini menganggur, tak ada kerja

Penyanyi dan pengacara Aril Pilus kini akui sudah menganggur dan tak bekerja sejak bulan Ramadan…

5 days ago

“Kalu Zul mesti ada dukung, walhal masa datang set, pelakon wanita pun saya tak salam” ~Zul Ariffin

Zul Ariffin diakui antara pelakon lelaki yang sedang laris ketika ini. Namun kerjayanya seringkali dikaitkan…

5 days ago

“Terima kasih layan mama” Panggil diri mama kepada Wan Sharmila, ibu Shuib beri hint?

Sebelum ini ramai pun tahu ramai yang melihat pelakon Wan Sharmila memang amat sesuai dengan…

5 days ago

“Saya dah fikir masak-masak, semuanya saya tanggung” Elyana mahu fokus jiwa, dan keluarga

Elyana kini sudah tidak lagi bertudungm satu keputusan yang dibuat oleh penyanyi ini setelah muatnaik…

6 days ago

This website uses cookies.