Derhaka kalau saman ibu mertua sebab rebut harta- Ustaz Abu Syafiq

3,267 views

Minggu ini isu melibatkan keluarga arwah pelawak Abam Bocey sekali lagi dipaparkan setiap pelosok tabloid dan portal berita di laman media.

Ini apabila hal ini menjadi lebih serius yang mana balu kepada Abam, iaitu Hidayah telah menyaman ibu dan adik Abam iaitu Ali. Tidak hanya berdiam diri, Ali juga telah failkan saman semula kepada Hidayah.

Kes ini mendapat perhatian para netizen yang masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. Ada yang menyokong kuat tindakan Hdayah itu kerana mengatakan apa yang dibuat adalah demi anak lelakinya, anak tunggal arwah Abam iaitu Hamzah.

Ada juga yang mula mengaggap tindakan saman itu seperti agak keterlaluan, walhal perkara macam ini sepatutnya boleh dibawa berbincang.

Rakan arwah Abam, Achey juga pernah akui rasa terkilan melihat hubungan antara balu Abam dan family Abam jadi seperti itu dan sampai perlu nak naik mahkamah.

Dalam pada itu, menerusi satu posting di laman media, seorang ustaz yang agak popular iaitu Ustaz Abu Syafiq turut tampil memberi pendapatnya. Walaupun tidak menyebut sebarang nama, jelasnya, tindakan saman ibu mertua ni boleh diibaratkan seperti derhaka. Ini komennya.

Jika seorang balu untuk telah saman ibu mertua disebabkan nak rebut harta ianya merupaan satu perbuatan derhaka tahap gaban ultra ultraman yang amat tinggi. Bukan semua hal mesti nak kena saman. Kalau ada fitnah tu lain lah. Ini hal yang boleh settle dalam. Ibu mertua ni sebenarnya ibarat ibu kandung. Kena hormati dia seadanya”.

Ustaz Abu Syafiq sebelum ini memang sering lantang melontarkan pandangannya tentang isu semasa dan termasuk isu-isu viral.

Diimbas kembali, Ali mendedahkan dirinya telah disaman oleh Hidayah dengan jumlah lebih kurang RM900000. Malah antara yang dituntut ialah kereta Vellfire sedangkan kereta iu telah ditarik kerana tiada siapa yang mampu bayar.

Ali dalam pembelaannya juga mengatakan Hidayah dah pun ambil wang dari bank tanpa diketahui orang lain sebanyak RM10000, wang kertas didalam tabung dan beberapa utas jam tangan milik arwah suaminya.