Categories: HiburanTerkini

“Dia sengaja buat cerita, benda ni tak betul” Kamal Adli nafi kenyataan Michael Ang

Keserasian yang dipamerkan antara dua pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah membuatkan ramai tertanya adakah mereka sedang dilamun cinta.

Sudah dua kali menjadi tonggak utama untuk dua drama bersiri, dan jika dah lama bersama, sering bertentang mata, sudah tentu bibit cinta mula berputik.

Apabila ditanya, apa sebenarnya hubungan antara Kamal dan Uqasha, selalunya kedua mereka ini tak mahu menjawab dengan terang.

Apapun, ini jawapan dari Kamal Adli apabila ramai yang berharap dia akan bertemu jodoh dengan Uqasha Senrose.

“Yang selalu doakan supaya saya temui jodoh dengan Uqasha, saya nak ucapkan terima kasih dan amin, alhamdulillah”.

“Sebenarnya, dua kali berlakon bersama. Yang terbaru drama arahan Michael Ang, kami jalani penggambaran selama tiga bulan di Kuantan dan Terengganu. Ini sekaligus membuatkan kami berdua jadi lebih rapat”.

“Tetapi saya tak ada menidakkannya, kalau ada jodoh dengan Uqasha, saya terima. Kalau ada jodoh okey lah”.

Diketahui Kamal Adli banyak kali sudah jalin hubungan cintam namun semua telah berakhir. Sekarang ini, mengambil pengalaman dulu-dulu, Kamal dilihat lebih reserve dan tak mahu buang masa untuk cinta sana-sini.

“Jika dah ada pasangan yang sesuai, sekarang ni, saya tidak mahu nak buang masa untuk bercinta bagai. Kalau ada rasa suka saja, lebih baik terus kahwin”.

“Tentang hal dulu-dulu tu, biarlah ianya berlalu dan saya anggap tiada jodoh. Tak perlulah nak dikenang lagi dah”.

Bercakap tentang usikan dari Michael Ang tentang kisah bahawa dia dah pun pergi ke kursus kahwin dengan Uqasha ini jawapan dari Kamal Adli.

“Michael Ang tu sengaja buat cerita dan benda ini tak betul pun. Takkanlah masa ada penggambaran kami sempat nak pergi”.

“Lagipun dalam keadaan PKP ini, mana ada kursus kahwin dibuat. Janganlah percaya. Dia hanya bergurau saja”.

Kamal Adli dan Uqasha Senrose juga kini bekerjasama dalam perniagaan coklat dan katanya ianya untuk menjana pendapatan sampingan bersama.

Share

Recent Posts

Elizabeth Tan umum ada autoimmune disease, rambut ada tompok botak

Elizabeth Tan pada hari ini akhirnya mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan antara pesakit autoimmune.  Kesan…

2 days ago

Nad Zainal jalani proses cucian darah, plasma exchange, dan buah pinggang terjejas

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainail atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal, 32 tahun. …

2 days ago

Jadi orang terawal beri kenyataan tentang Nad Zainal, ini status hubungan Ungku Ismail

Ramai yang kini mendoakan pelakon Nad Zainal, 32 tahun, yang sedang dirawat dan dipantau di…

3 days ago

“Doktor syak Nad Zainal kena autoimmune disease”

Pelakon Nad Zainal masih lagi kritikal dan sedang berjuang di unit ICU di Hospital Ampang…

3 days ago

Ini kenyataan dari bekas suami Nad Zainal, update keadaan anak-anak

Ramai yang terkesima dengan berita pelakon Nad Zainal yang kini sedang kritikal dan sedang dipantau…

4 days ago

“Nad Zainal sedang kritikal sekarang ini”

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit ICU sejak semalam.  Semalam,…

4 days ago

This website uses cookies.