Dilabel pilih kasih, asyik tayang anak kedua, Abby Abadi jelas kenapa tak tayang anak ketiga

3,830 views

Dek disebabkan sering upload gambar anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim di laman media sosial, selebriti Abby Abadi telah dilabelkan oleh beberapa pihak sebagai pilih kasih terhadap anaknya.

Ini jika dibandingkan antara Dania dengan adiknya yang juga anak ketiga Abby Abadi iaitu Maria Danisha.

Jelas Abby Abadi, sebenarnya anak ketiganya itu tak beberapa suka nak ambil gambar berbanding Dania.

Malahan, dia banyak upload gambar Dania akhir-akhir ini kerana bersempena hari jadi anak keduanya itu yang ke15 pada minggu lepas.

Ini tulis Abby Abady menjawab persoalan dan dakwaan pilih kasih oleh netizen.

“Ada pula yang cakap, kenapa selalu sgt tayang foto Dania sahaja, yang seorang lagi tu mengapa tak tayang. Saya tahu dia tujukan kepada baby besar saya (Danisha).

“Pertama, dah mmg hari ini jatuhnya hari jadi Dania, jadi memang byk foto dia lah kan. Keduanya, Danisha tu tidak berapa gemar nam amik gambar, tak posing macam kakaknya tu.

“Karakter mereka berdua berbeza. Nak ikutkan kalau suka mengusik adik lain yang kecil iaitu Daiyan, Dayana dan Darda tu, memang dialah orangnya”.

“Kalau sorok-sorok photobomb tu, dialah. Namuan kalau minta posing macam kakaknya dia memang tidak mahu. Tak ada pun saya nak lebihkan Dania. Semuanya saya layan sama rata.

“Yang komen dan tulis tu, cara dia bagaikan tidak berpuas hati sahaja. Padan muka pun sebab sya dah block dia.

Abby Abadi sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim tahun 2002 dan telah pada tahun 2008. Mereka ada 3 anak iaitu Mohamed Danish (17 tahun), Marissa Dania (15 tahun) dan Maria Danisha (12 tahun).

Pada tahun 2015, Abby Adabi berkahwin pula dengan Jai Ezzanny dan telah amil tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan, Maisara Dayana dan Maira Darda.