Dituduh mesra dengan lelaki walhal tu suami, ramai tak tahu Aprena dah kahwin

3,214 views

Selain adik beradik Senrose, ada juga adik beradik Manrose iaitu Oktavia Manrose dan Aprena Manrose. Mereka berdua ini merupakan sepupu kepada adik beradik Senrose.

Kali ini ada satu cerita tentang Aprena Manrose, adik kepada Oktavia.

Pelakon berumur 28 tahun ini membuat pendedahan bahawa ada lelaki yang mahu mengenali dirinya kerana rata-rata ingatkan dia masih lagi belum berkahwin.

Malahan Aprena juga pernah kena tuduh buat perangai tak senonoh sebaba ada video dan gambar dirinya seringkali mesra dengan seorang lelaki walhal mereka tak tahu itu adalah suami Aprena Manrose.

Aprena Manrose sudah berkahwin pada tahun 2016 dengan jejaka pilihannya bernama Mohd Afiq Hazman, sudah lima tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Ini komen Aprena Manrose melalui laporan Harian Metro.

Tipulah kalau saya cakap tak pernah kena ganggu. Memang saya ada terima mesej yang bukan-bukan dari lelaki yang tak saya kenali. Ramai ingat saya ni single konon belum berkahwin.

Kalau saya kata saya ni dah kahwin, ada juga yang tak percaya. Memang pelik juga apabila ramai yang tak percaya saya dah kahwin sedangkan saya dah banyak kali upload gambar dengan suami.

Ini kemungkinan disebabkan mereka tak tahu individu yang ada dalam gambar itu merupakan suami saya, Mohd Afiq.

Tentang perkembangan terkini dirinya, Aprena Manrose kini sudah dilihat sering memakai tudung. Jelasnya, dia memang sedang belajar untuk berhijab sejak bulan Ramadhan yang lalu.

Namun begitu, Aprena Manrose memberitahu, dia belum berhijab seratus peratus, kerana dia ada menerima tawaran berlakon sebelum ini.

Yes saya memang  sedang dalam proses pembelajaran untuk bertudung. Ianya bermula ketika bulan Ramadan lepas. Tapi saya taknak cakap apa-apa lagi, kalau saya dah berhijab sepenuhnya nanti saya akan beritahu.

Sama-sama kita doakan Aprena Manrose agar dapat berhijrah kearah kebaikkan. Apapun, kepada semua di luar sana, ingatlah, Aprena Manrose ni dah kahwin tau.