Dr Erin didakwa menipu, Dai Farhan dilihat hadir di mahkamah

3,921 views

Sedang panas diperkatakan tentang wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun dikenali dengan nama Dr Erin dan juga merupakan seorang isteri kepada seorang juara Dai telah pun ditahan oleh pihak polis semalam.

Penahanan lokasi wanita tersebut adalah di pejabat miliknya yang terletak di Desa Melawati Kuala Lumpur kerana didakwa telah menipu salah seorang pelanggannya.

Mengikut kata sumber, isteri kepada juara program agama itu telah ditahan dan didakwa kerana terdapat laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa terlibat pada tahun 2019 Oktober tahun lepas.

Mangsa penipuan tersebut telah pun melakukan urusan dengan isteri Dai itu sejak dari 2017 lagi bagi mendapatkan pengesahan sijil halal serta juga sijil KKM.

Pengesahan sijil halal dan juga sijil KKM itu adalah bertujuan untuk satu produk jamu. Akan tetapi menurut mangsa yang diitipu itu, sejak dari tahun 2017 sehinggalah pada hari ini proses serta perkembangan tentang sijil-sijil tersebut masih tiada status.

Disebabkan masa yang bergitu panjang serta bertahun lamanya proses sijil halal serta sijil KKM yang dijanjikan oleh wanita tersebut masih lagi tiada status yang sahih dan itu yang membuatkan mangsa berasa telah tertipu oleh wanita terbabit.

Dari pertuduhan, Dr Erin didakwa mendorong mangsa yang dikenali dengan nama Norsiha Aala untuk berikan wang tunai berjumlah RM10050 untuk dapatkan sijil halal dan pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk miliknya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada tarikh 21 Disember 2017 sehinggalah 26 Februari 2018.

Dr Erin dikatakan buat kesalahan itu berdasarkan kesalahan kerana menipu, sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara setahun hingga 10 tahun dan juga sebat termasuklah dikenakan denda, namun tertuduh mengaku tak bersalah.

Susulan pengakuan tidak bersalah oleh tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar, memohon mahkamah menawarkan jaminan RM10000 kepada tertuduh yang kemudiannya diubah kepada RM4000 kerana menanggung ramai anak.

Menerusi rakaman video, jelas kelihatan Dai Farhan di perkarangan mahkamah. Dai Farhan dikatakan jadi penjamin buat isterinya itu.