Categories: Hiburan

Eina Azman demam dimasukkan ke hospital, terus buat ujian saringan

Kalau mereka yang minat dengan Datin Paduka Eina Azman, mesti ada yang perasan kini dah beberapa hari pelakon ini tidak muatnaik sebarang perkembangan di laman media sosial Instagram.

Rupa-rupanya Eina Azman sebenarnya alami gejala demam dan tidak berapa sihat. Malah pelakon jelita ini telah dimasukkan ke hospital serta telahpun buat ujian saringan untuk coronavirus.

Datin Paduka Eina Azman sempat memuatnaik keadaan terkini dirinya yang sedang dirawat di sebuah hospital swasta. Ini komen darinya.

“Hai, assalamualaikum buat semua, harapnya everyone is doing well. Sorry tak dapat nak upload and share video masakan as I wasn’t feeling well for about a week. Nampaknya saya dah kena demam. For precaution, saya dah pun buat ujian Covid 19 dan syukur alhamdullillah keputusannya adalah negatif. Sekarang ini, I am in recovery process and will be back soon with all the cooking ideas for you guys. Diharapkan semua dapat doa suoaya Eina cepat baik okay! Jaga diri dan stay safe. Sila duduk di rumah”.

Malahan Eina Azman kini ditemani oleh suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden yang turut tidur di dalam bilik di hospital bersama isterinya itu.

Kata Eina Azman, di dalam suite hospital itu ada sediakan dua bilik dan satu bilik untuk suaminya, namun Datuk Kaiser tetap mahu tidur di atas sofa sahaja di sebelah isterinya itu untuk menemaninya.

Diruangan komen, memang ramai para peminatnya yang telah menulis ucapan agar pelakon berkenaan cepat sembuh seperti sedia kala. Ramai yang tak sabar nak tengok video masakan yang baru dari Eina Azman setelah pelakon ini pulih kelak.

Apapun, syukur kerana Eina Azman negative dari jangkitan virus corona. Get well soon.

Share

Recent Posts

Abang Ali disahkan pergi buat selamanya akibat kemalangan, menangis Yusof Azmi

Aktivis terkenal Abang Ali yang sering bersama Yusuf Azmi (Semboyan) dimaklumkan telah menghembuskan nafasnya yang…

6 hours ago

Remy Ishak tak selesa bawa isteri pergi majlis

Pelakon Remy Ishak, 39 tahun, telah pun menamatkan zaman bujangnya pada bulan Ogos tahun 2021.…

7 hours ago

“Rela pegang ular atau pencuri masuk, berbanding jumpa hantu” ~Nora Danish

Demi menjayakan wataknya, pelakon popular Nora Danish sanggup memberanikan diri dan memegang haiwan reptilian iaitu…

10 hours ago

“Saya beritahu Bella, kita kena hormati pandangan orang lain” Aliff Aziz

Finalis Gegar Vaganza musim kelapan iaitu Aliff Aziz tak terlepas dari komen kurang baik dari…

1 day ago

“Ianya satu mimpi ngeri” Nynaa sebak bila teringat, suami upah dua bodyguard

Semua pun tahu tentang kisah yang melanda rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya, ahli…

1 day ago

Mira Filzah sah hamil, usia kandungan lebih kurang 6 bulan, Tahniah!

Teka teki tentang kehamilan pelakon jelita Mira Filzah akhirnya telah terjawab. Semalam, menerusi satu posting…

1 day ago

This website uses cookies.