Elizabeth Tan umum ada autoimmune disease, rambut ada tompok botak

621 views

Elizabeth Tan pada hari ini akhirnya mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan antara pesakit autoimmune. 

Kesan dari itu, Elizabeth Tan mempunyai masalah di bahagian kulit rambutnya. 

Melalui laporan dari Berita Harian, pelakon dan penyanyi berumur 29 tahun ini sudahpun alami symtom botak di bahagian rambutnya yang gugur dan memperlihatkan kulit kepalanya. Kesan ini di namakan alopecia. 

Elizabeth Tan memberitahu dia mula kena autoimmune sejak kecil lagi, namun alopecia yang dialami mula kritikal dan ketara sejak tahun 2018.  

“Saya ada autoimmune sejak umur satu tahun, ianya menyebabkan masalah kulit.” 

“Dan di tahun 2018, autoimmune itu menyebabkan rambut saya gugur dan saya alami alopecia.” 

“Disebabkan itu, saya ada tompokan botak pada rambut dan kadang-kala merebak dan menjadi semakin ketara dan besar.” 

Elizabeth Tan berkata lagi, doktor ada memberitahu keadaan yang dialami ini tiada penyembuhnya. 

“Masalah ini tak ada penyembuhnya. Saya bergantung dengan penggunaan cream steroid untuk menghentikan tompokan botak itu dari merebak atau jadi lebih teruk.” 

“Kalau ikutkan saya dah kena 12 kali saya alami masalah alopecia ini.” 

“Bila masuk bilik air, saya selalu check rambut saya untuk tengok kalau ada tompokan botak yang baru. Tompokan itu terus buat saya down.” 

Pelakon dan penyanyi ini menambah, sebelum ini dia memang belum bersedia mendedahkan penyakit yang dialami itu. 

“Saya tak nak orang kesian dengan keadaan saya ini. Namun kini dah tiba masa saya umumkannya, sebab sebelum ini saya baru menolak offer berlakon filem yang memerlukan saya gunting rambut seperti lelaki.” 

Dalam pada itu, Elizabeth Tan juga risau sekiranya masalah autoimmune ini juga akan memberi kesan jika dia mahu mendapatkan zuriat.  

“Hasrat nak ada anak atau cahaya mata memang ada. Namun saya jadi bimbang kala anak akan mewarisinya.”  

“Saya akan cuba mendapatkan zuriat namun saya kena tunggu dulu sampai kerja saya selesai pada tahun depan.” 

Itulah kenyataan dari Elizabeth Tan yang mempunayi alopecia disebabkan autoimmune disease.