Categories: Viral

Farid Kamil nak bersara, ramai tertunggu komen membahan Fadzil Zahari

Kepada yang ikuti adik Farid Kamil, iaitu Fadzil Zahari, semua akan tahu bahawa suami kepada Yana Samsudin ini sering tulis komen di laman Facebook.

Kalau ada sesuatu isu, terutama di laman Rotikaya, Fadzil Zahari akan hadir dan menulis komen.

Tulisan dari Fadzil di ruangan komen selalu sahaja jadi perhatian netizen dan makcik bawang.

Yang terkini, semalam ada satu artikel tentang abangnya Farid Kamil yang berkata dia bersedia untuk bersara menjadi pelakon, sekiranya dia tak lagi diperlukan dalam industry dunia lakonan.

Portal Rotikaya ada menulis artikel berkenaan dan post di laman Facebooknya yang mempunyai lebih 4 juta follower.

Apabila abang sendiri jadi topik, ramai yang mula tanya mana komen dari Fadzil Zahari. Ini tulis seorang netizen.

“Mana perginya si Fadzil Zahari, kata raja komen. Mari lah komen kat sini. Kalau artis lain hang pulun mcaam buat lawak konon, apa pasal bila cerita tentang adik beradik hang duk buat senyap saja?”

Tak lama kemudian, sejam selepas komen berkenaan di tulis akhirnya Fadzil Zahari tampil menulis komen. Fadzil tetap beri komen, walaupun lewat sedikit, mungkin busy agaknya.

Ini yang ditulis oleh Fadzil Zahari tentang artikel abangnya yang mahu bersara itu.

Saya ni masih belum boleh nak bersara, sebab kereta dan rumah masih tak habis bayar lagi. Lepas tu nak kena cari RM800k untuk siapkan filem berjudul Kak Yong. Ni confirm pecah panggung, filem sambungan kepada Bini Biniku Gangst3r. Bantuan anda semua boleh di salurkan ke akaun CIMB 68668866.

Komen berkenaan ternyata mendapat banyak reaksi dari para pengguna facebook yang lain. Rata-rata mengatakan Fadzil Zahari sebagai seorang yang kelakar, sampai abang sendiri pun boleh tulis komen dan membahan.

Untuk info, Fadzil Zahari merupakan adik kepada Farid Kamik dan telah berkahwin dengan pelakon terkenal Yana Samsudin pada tahun 2015 dan kini sudah mempunyai dua orang cahaya mata.

Share

Recent Posts

“Cucuk muka sebab nak nampak elok, untuk kerjaya” Amelina buat muka sebab kerja

Penyanyi yang dikenali dengan genre dangdut iaitu Amelina pernah muatnaik satu video dia buat rawatan…

4 hours ago

“Aku ni tak pantang langsung” Syatilla Melvin

Pasangan pelakon terkenal Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata yang ketiga…

7 hours ago

Perkahwinan suami dan isteri pertama memang dah ada masalah ~ Miera Leyana

Miera Leyana, 29 tahun, berkahwin dengan ahli perniagaan, bernama Rosland Othman, 49 tahun dua tahun…

13 hours ago

“Saya pegang kata ulama” Ini respon Amar Asyraf tentang isu dah nikah kali ketiga

Pelakon Amar Asyraf mula jadi sebutan setelah kes pengesahan talak tiga dengan bekas isteri kedua…

17 hours ago

Daiyan Trisha pakai seluar pendek nampak peha, netizen ingatkan kembali tentang umrah

Daiyan Trisha antara beberapa artis yang telah pergi ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada…

1 day ago

Kecoh jadinya, Janna Nick tergolek, terjatuh kebelakang dari kerusinya

Ada satu kejadian yang agak kecoh di sebuah rancangan hiburan terkenal iaitu I Can See…

1 day ago

This website uses cookies.