Fatin Afeefa report polis angkara foto siput sedut

10,591 views

Pernah terkenal dengan filem kanak-kanak Tentang Bulan, Fatin Afeefa kini dah mempunyai ramai follower.

Kalau di laman Instagram, tengok follower pelakon ini dah mencecah seramai lebih satu juta orang.

Memang cantik dan genit orangnya, tak macam ibu kepada dua orang anak. Sebab tu Fatin Afeefa sering jadi tumpuan ramai. Maintain cantik.

Yang terbaru, Fatin Afeefa ada upload satu gambar terkininya dengan caption: “Behave, make me.”

Memang ramailah follower yang menulis komen di gambar berkenaan. Namun ada seorang individu yang paling mencuri perhatian apabila Fatin membalas komennya.

Fatin mengatakan dia ada membuat report polis terhadap individu berkenaan kerana menghantar gambar siput sedut kepada nya menerusi direct message.

“Saya dah buat laporan kat polis sebab awak kacau saya dengan hantar gambar siput sedut awak kat direct mesej.”

Di ruang komen, ramai netizen lain yang mengatakan terhibur asetelah Fatin Afeefa melabel siput sedut yang mana sebenarnya itu adalah gambar yang tak elok.

Ramai juga menyokong tindakan Fatin Afeefa untuk buat report kerana isu ini memang agak keterlaluan, satu gangguan pada wanita.

“Report jangan tak report, tak patut buat macam tu” Tulis seorang wanita yang menyokong tindakan Fatin Afeefa.

Fatin Afeefa kini berumur 26 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Antara lakonan Fatin yang membuatkan dirinya dikenali ialah seperti drama Red Velvet, Monalisa dan the gadis. Tak lupa juga filem selain Tentang Bulan, iaitu  9 September, Volkswagen Kuning dan Hospital.

Selain berlakon filem dan juga drama, Fatin Afeefa juga mempunyai vocal yang padu dan pernah buat beberapa cover lagu yang amat merdu.