Foto: Ayda Jebat hadiahkan ibunya sebuah rumah

3,909 views

Besarnya pengorbanan ibu bapa, memang tak boleh nak dibandingkan. Sebagai anak yang dah berjaya, sudah tentu kita mahu memberi hadiah kepada ibu bapa, tanda penghargaan buat mereka.

Itulah yang dilakukan oleh penyanyi dan pelakon Ayda Jebat. Selebriti berusia 28 tahun ini telah membeli rumah untuk ibunya, hadiah yang cukup bermakna.

Ayda telah muatnaik beberaap keping foto, momen indah ketika dia membuat surprise dan menghadiahkan sebuah rumah kepada ibunya.

Rumah berkenaan terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, memang rumah yang cantik sekali.

“Bismillah, syukur sangat alhamdulillah. Tuhan dah pun makbulkan doa saya ni. Rezeki saya akhirnya dapatlah impian nak hadiahkan mama sebuah rumah. Sebelum ini saya ada bagitau kepada Nabil, bahawa ada benda saya kena capai sebelum saya nak kahwin. Inilah antaranya. Saya nak buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Leganya hati saya ini ya Allah”.

“Saya doakan agar semua orang akan dapat bahagiakan orang tua anda, dan ini bukanlah dari harta benda saja, jika nak ikutkan, banyak benda lain yang kalian semua boleh berbakti buat mereka. Semoga tercapai segala impian. Insyaallah”.

“Mama selalu berpesan pada saya ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Kepada mama, kerja keras yang saya buat ini tak sekuat pengorbanan mama jaga saya dan semua adik-adik. Sayang sangat sayang mama. Saya akan sentiasa take care of you, walaupun saya dah berkahwin nanti”.

Ketika membuat surprise itu, kata Ayda Jebat, senyuman yang tepacar di wajah ibuny aitu amat bernilai. Ayda juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantunya membeli rumah itu.

“Senyuman yang terukir di wajah mama tu, amatlah priceless. Syukur serta terima kasih semua yang menolong dan terlibat dalam proses beli serta nak surprise ni”.

Tahniah buat Ayda jebat yang dapat merealisasikan impiannya nak hadiahkan ibunya dengan sebuah rumah.