Categories: Hiburan

Foto ketika anniversary ke-9, netizen nampak baby bump Datin Lisa Surihani

Pada tarikh 23 Februari 202,  maka dah 9 tahunlah Datuk Yusry Abd Halim dan Datin Lisa Surihani melayari bahtera perkahwinan bersama.

Seperti kebiasaan pasangan suami isteri yang lain, gambar dan ucapan sempena anniversary akan diutuskan melalui laman media sosial.

Begitu juga dengan Datuk Yusry Abdul Halim yang menulis ucapan khas sempena ulang tahun ke 9 perkahwinannya dengan Lisa Surihani.

Ini ucapan dari Yusry kepada isterinya itu. “Happy Anniversary sayang. Dah 9 tahun dan masih lagi bersama. I still feel like the luckiest man alive. Saya masih terpesona dengan kamu, segala yang kamu buat dan lakukan. Sentiasa lemah lembut, baik hati, penyayang dan sentiasa beri sokongan. Anak-anak dirahmati to have you to call mummy. Syukur, selamat hari kita yang kesembilan.

Yusry telah muatnaik gambar terkini bersama isterinya itu dan menerima banyak komen-komen mengucapkan happy anniversary kepada pasangan yang sama cantik dan sama padan ini.

Turut sama memberi ucapan adalah rakan artis seperti Eizlan Yusof, Aliff Syukri, Ac Mizal, Daphne Iking, Arash Mohd dan Shiha Zikir.

Namun dalam masa yang sama, mata netizen terut tertumpu di foto itu dan ada yang ternampak bagaikan Lisa Surihani ini berbadan dua, dah ada baby bump katanya. Memang tajam betul mata netizen ini.

Datin pregnant ke tu, nampak macam baby bump” Itulah yang ditulis oleh beberapa netizen tertanya-tanya tentang hal ini.

Sementara itu, di laman Ig Stories milik Lisa Surihani, pelakon ini muatnaik satu gambar dirinya sedang makan malam sempena ulangtahun perkahwinan mereka, anniversary dinner.

Apapun, kalau Datin Lisa Surihani hamil lagi, sudah tentu ianya satu berita yang amat baik buat mereka sekeluarga. Anak bongsu mereka kini dah berumur 4 tahun. Memang dah okey sangat.

Apapun, kalau Datin Lisa Surihani hamil lagi, sudah tentu ianya satu berita yang amat baik buat mereka sekeluarga. Anak bongsu mereka kini dah berumur 4 tahun. Memang dah okey sangat.

Datuk Yusry yang juga merupakan ahli kumpulan legenda KRU, telah mendirikan rumahtangga dengan Datin lisa Surihani pada tahun 2012. Sepanjang perkahwinan mereka mempunyai dua orang anak Yahaira Leanne dan juga Yusof Leonne.

Share

Recent Posts

Elizabeth Tan umum ada autoimmune disease, rambut ada tompok botak

Elizabeth Tan pada hari ini akhirnya mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan antara pesakit autoimmune.  Kesan…

17 hours ago

Nad Zainal jalani proses cucian darah, plasma exchange, dan buah pinggang terjejas

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainail atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal, 32 tahun. …

1 day ago

Jadi orang terawal beri kenyataan tentang Nad Zainal, ini status hubungan Ungku Ismail

Ramai yang kini mendoakan pelakon Nad Zainal, 32 tahun, yang sedang dirawat dan dipantau di…

2 days ago

“Doktor syak Nad Zainal kena autoimmune disease”

Pelakon Nad Zainal masih lagi kritikal dan sedang berjuang di unit ICU di Hospital Ampang…

2 days ago

Ini kenyataan dari bekas suami Nad Zainal, update keadaan anak-anak

Ramai yang terkesima dengan berita pelakon Nad Zainal yang kini sedang kritikal dan sedang dipantau…

3 days ago

“Nad Zainal sedang kritikal sekarang ini”

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit ICU sejak semalam.  Semalam,…

3 days ago

This website uses cookies.