Categories: Hiburan

Foto: Noryn Aziz selamat bernikah malam tadi, tahniah!

Penyanyi yang juga bekas juara program reality tv Gegar Vaganza iaitu Noryn Aziz, 43 tahun, kini disahkan telah selamat bergelar isteri kepada Shaik Rizal Shaik Sulaiman.

Shaik Rizal bukan calang-calang orangnya, yang mana dia merupakan seorang board of director untuk satu syarikat corporate.

Pasangan ini telah diijabkabulkan menerusi satu majlis yang dibuat secara tertutup di Damansara semalam.

Semalam, gambar Noryn Aziz memakai baju pengantin direka Rizman Ruzaini dan di make up oleh Sheila Mohamad di upload di akaun media sosial jurusolek itu. Sejak malam tadi ramai yang mula tertanya-tanya.

Menjawab persoalan dari para waratwan dan pihak media, tentang pernikahannya, Noryn Aziz hanya menjawab dengan tanda syukur: “Alhamdulillah dah menjadi isteri”.

Noryn Aziz dan pasangannya yang merupakan seorang usahawan, telah disatukan mengikut SOP dan norma baru. Ini kerana ketika ini wabak dan pesakit yang positif covid semakin meningkat di ibu kota.

Dari laporan, kedua mereka memilih untuk membuat majlis nikah lebih awal dari yang dirancang.

Majlis pada mulanya mahu diadakan pada 25 Oktober depan, namun kerana pihak kerajaan membuat pengumuman bahawa perintah kawalan pergerakan PKP akan diadakan semula di Selangor dan Kuala Lumpur, mereka memilh untuk buat lebih awal.

Malah, majlis resepsi yang diracangan untuk dibuat pada tarikh 1 November ini terpaksa ditunda. Dikatakan majlis resepsi akan ditunda ke tarikh baru setelah selesai PKPB nanti.

Gambar suami Noryn Aziz

Noryn Aziz atau nama sebenarnya, Norazmahwati binti Abdul Aziz kembali mewarnai industry seni setelah bergelar Juara program Gegar Vaganza musim kelima menewaskan pesaing terdekat Dia Fadila, Zamani, Amelina dan arwah Maya.

Ini merupakan perkahwinan ketiga untuk Noryn Aziz. Suami pertama pada tahun 1998 bernama Anuarol Nizam namun tak berkekalan.

Noryn Aziz kemudian berkahwin dengan arkitek terkenal yang juga ahli politik, Datuk Raja Kamarul Bahrin. Sepanjang perkahwinan pasangan ini mempunyai seorang anak.

Tahniah diucapkan kepada Noryn Aziz dan pasangan di atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia.

Share

Recent Posts

“Mampu ke cari pengganti macam aku, saya rupawan, genit manja” DS Vida

Semua pun dah tahu bahawa, Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang membawa diri ke negara jiran…

5 hours ago

Adik dedah mesej Datuk Fazley Yaakob “I’m not fantastic singer”

Dua kali berturut-turut penyanyi Dato Fazley Yaakob berada di dua kedudukan terbawah untuk rancangan Gegar…

9 hours ago

Peserta Gegar Vaganza 6, Roy masih terlantar di hospital

Penyanyi yang juga bekas peserta Gegar Vaganza iaitu Roy, dikatakan sedang terlantar dan masih lagi…

10 hours ago

Iqbal nak kenali Rossa lebih mendalam, “Suka tengok dia, sopan, tak gedik”

Berada di negara jiran Indonesia, Ahmad Iqbal turut menjadi perhatian setelah melahirkan hasrat untuk membeli…

20 hours ago

“Kenapa mereka diperlakukan begitu, memalukan Dato Fazley dan Ani Mayuni” ~penonton

Semalam minggu kedua Gefar Vaganza telah berlangsung dengan lancarnya. Sekali lagi Aliff Aziz dan Adibah…

1 day ago

Luahan Rosa Serra, Shuk tak beri kerjasama? Rasa digantung tak bertali

Rossa Sera isteri kepada pelawak Shuk Sahar dilihat kini bertekad untuk tidak mahu lagi hidup…

1 day ago

This website uses cookies.