Pelakon veteran Lan Zailan telah selamat menikahi wanita pilihannya bernama Ruby Sara Omar baru-baru ini. Pasangan ini memilih tarikh 10 Oktober 2020 sebagai tarikh bersejarah untuk menyatukan hubungan mereka menjadi satu ikatan yang sah.
Perkara yang baik ini pada mulanya diketahui ramai setelah rakan pelakon Zulkifli Ismail memuatnaik beberapa keeping foto ketika majlis pernikahan Lan Zailan.
Majlis pernikahan itu diadakan di Masjid An Najihin yag terletak di Cheras, jalan seri permaisuri, Kuala Lumpur.
Ini caption oleh Zulkifli Ismail: “Telah hadir ke majlis pernikahan rakan saya iaitu pelakon Lan Zailan dan pasangan nya di Masjid An Najhin, Cheras. Tahniah diucapkan kepadanya. Selamat hari lahir dan selamat pengantin baru sekali. Untuk pengetahuan, isteri pertama Lan Zailan telah meninggl dunia pada tarikh 14 Julai tahun 2016”.
Dari perkongsian itu, tarikh itu merupakan hari jadinya juga. Tahun ini umur Lan Zailan sudah masuk ke umur 62 tahun.
Memang ramai juga rakan artis yang hadir ke majlis pernikahan Lan Zailan selain dari Zulkifli Ismail antaranya seperti Fadilah Mansor dan Kismah Johari.
Diruangan komen di laman instagram, ramai follower yang menulis ucapan tahniah dan mendoakan agar kebahagian yang berkekalan kepada Lan Zailan dan isterinya itu.
Untuk info semua, Lan Zailan telah kehilangan isteri pertamanya pada tahun 2016. Setelah hidup secara solo selama beberapa tahun, kini Lan Zailan akhirnya bertemu jodoh dengan pasangannya Ruby.
Lan Zailan terkenal menerusi watak tambahan dan antara filem ppular yang pernah dilakonkannya adalah seperti Suami Isteri bersama Rosyam Nor dan Lydiawati. Filem lain adalah Longkai, Ngangkung, Halimunan dan Jangan Pandang Belakang Boleh.
Tahniah diucapkan buat Lan Zailan dan isterinya. Semoga berbahagia sampai ke syurga, amin.
Kisah yang melanda rumah tangga Puteri Sarah Liyana diganggu orang ketiga rupanya dah diketahui oleh…
Ramai yang bersimpati terhadap pelakon Lufya Omar setelah mendedahkan dirinya dan anak telah alami satu…
Nama penyampai radio Suria FM, iaitu Fizi Ali seringkali jadi topic percakapan orang ramai di…
Kini pelakon Puteri Sarah Liyana dah pun ambil tindakan menyaman wanita bernama Ira Kazar yang…
Kini satu rancangan reality melibatkan peserta cilik atau kanak-kanak sedang berlangsung. Rancangan ini ialah Ceria…
Erra Fazira akan tampil bersama Awie dalam Konsert Awie Romantika yang bakal diadakan di Sabah.…
This website uses cookies.