Gaduh hingga Zaskia minta cerai, pengakuan Irwansyah

2,233 views

Di negara jiran, antara pasangan suami isteri yang popular ialah Irwansyah dan Zaskia Sungkar. Kini mereka berdua dah nikah lebih kurang sedekad lamanya, dah hampir 10 tahun.

Kalau dah lalui tempoh yang agak lama seperti ini, sudah tentu banyak pancaroba yang telah dilalui bersama. Hal ini memang diakui oleh Irwansyah sendiri.

Melalui laporan beberapa portal negara jiran, Irwansyah yang popular dengan lagu Pencinta Wanita, memberitahu bahawa Zaskia mempunyai sikap seperti budak-budak.

Sikapnya yang kebudak-budakkan itu terserlah ketika mereka bertelingkah, kerana sampaikan Zaskia acapkali meminta perpisahan. Ini komen Irwansyah tentang hal ini.

“Oh dia tu memang sangatlah childish. Kalau dulu memang keanak-anakkan, bila ada ribut, gaduh memang habis. Sekarang ada perubahan, syukur alhamdulillah kami jarang ada ribut dan bertelingkah lagi.

“Jika dulu, selalu juga isteri gaduh sampai cakap mahu cerai dengan saya, mahu bercerai”

Hal yang didedahkan Irwansyah ini turut diakui oleh Zaskia Sungkar. Katanya memang semasa baru kahwin dia kurang matang kerana umur masih muda.

“Memang umur mempengaruhi, masa muda dulu masih macam keanak-anakkan. Apa-apa sekarang dah malas gaduh sebab masalahnya tak seberapa, gitu-gitu saja”

Pendedahan ini dibicara ketika satu temubual yang dilakukan kepada Irwansyah dan juga Zaskia Sungkar ketika berada di Bali melawat rakan artis Ashanty.

Kini Zaskia yang dah berumur 29 tahun, sedang hamil 6 bulan dan bakal menerima cahayamata lebih kurang tiga bulan lagi. Perkembangan tentang kehadiran anak pertama, pasangan ini kini dah sediakan segala kelengkapan yang diperlukan dan ini termasuk barang baby dan bilik baru.

Irwansyah dan Zaskia mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011, Sembilan tahun kemudian, barulah mereka diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata pertama.