Gambar pegang perut, Tajul dah kahwin? Isteri hamil?

5,684 views

Penyanyi sedang meningkat naik dan antara artis BBNU iaitu Tajul popular dengan lagu mendayu seperti Sedalam-dalam Rindu dan Disana Cinta Disini Rindu pernah dikaitkan dengan isu telahpun berkahwin dengan kekasih hatinya bernama Nurul Syamieza.

Akan tetapi, status Tajul samada dah kahwin ataupun bujang, masih lagi jadi tanda tanya kerana tuan punya badan masih enggan berbicara tentangnya.

Namun dalam perkembangan terkini, ada satu gambar yang sedang viral dari portal Mstar apabila ada gambar Tajul memegang pertut wanita berkenaan sekaligus mengandaikan wanita itu dah berkahwin dengan Tajul dan kini sedang mengandung.

Apabial ditanya tentang soalan berkenaan, penyanyi yang merupakan adik kepada arwah Achik Spin berkata dia akan jawab semua persoalan tentang status hubungan mereka dalam satu sidang media yang akan dibuat tak lama lagi.

Ini komen penyanyi berumur 21 tahun ini: “Buat masa skang ni, mmg tidak ada apa yg sy boleh nak kongsi pd semua akan tetapi apabila dah tiba masa yg sesuai, sy akan bgtau.

“Saya akan buat satu sidang media utk jelaskan apa yg jadi tanda tanya selama ini. Bukanlah niat sy mahu sorok atau rahsiakan hal ini dari sesiapa.

“Segala persoalan itu bukan hanya sy sorang ja tetapi ia libatkan byk pihak dan sy kenalah jaga hati byk pihak”

“Sy tidak kisah jika mereka mahu berkata apa-apa atau mahu buat andaian sendiri. Sy pun tidak boleh hendak tutup mulut org ramai agar tidak cakap tentang hal saya.

“Oleh itu, sy trima ja apa yg mereka mahu katakan. Kita kongsi perkara yang baik atau tidak, netizen tetap akan buat andaian mereka sendiri”

Tahun lalu, Tajul jadi bualan ramai apabila dikatakan dah berkahwin dengan Nurul Syamieza setelah satu video tersebar. Tajul ada sebut perkataan ‘wife’ yang ditujukan kepada wanita itu.