Categories: Hiburan

Genap 7 hari, Nadzmi dan Ardell dedah wajah dan nama anak

Pasangan suami isteri Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana kini dah pun bergelar sebagai ibu dan bapa setelah Ardell selamat melahirkan anak pertama mereka pada 5 Jun lepas. Kini apabila anaknya itu berusia tujuh hari, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana akhirnya mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah anaknya dan juga nama bayi sulung mereka itu.

Nadzmi telah buat pendedahan ini melalui satu perkongsian di laman media sosial miliknya. Pelakon berumur 28 tahun ini memuatnaik satu video di saat bayi berkenaan baru sahaj selamat dilahirkan.

Nama yang dipilih oleh mereka buat anak sulung ialah Arwa Malaikha Urwa. Ini tulis Nadzmi.

Namanya ialah Arwa Malaikha Urwa Nadzmi Adhwa. My precious little baby girl. Anak kecil ini lahir pada hari Jumaat. Alhamdulillah hari ini umurnya dah masuk tujuh hari. Terima kasih padamu ya Allah atas kurniaan ini. Salam hari Jumaat buat semua“.

Sementara itu, Ardell turut muatnaik gambar wajah anak sulungnya itu di laman Instagram dan memperkenalkannya pada peminat dan juga followernya. Ini tulis Ardell.

Salam semua, nama saya Arwa Malaikha Urwa Nadzmi Adhwa. Saya lahir pada jam 2.22.22 pagi hari Jumaat tarikh 5 Jun 2020“.

Melihat ruang komen, ianya telah dipenuhi dengan begitu banyak ucapan tahniah kepada pasangan ini. Ada juga peminat yang komen kecomelan bayi yang baru lahir itu.

Ada juga rakan artis yang menulis komen kepada mereka. Antara ialah Ramona Zamzam, Elly Mazlein, Janna Nick dan ramai lagi.

Ini komen Ramona Zamzam: “Syukur alhamdulillah. Welcome to the world Arwa Malaikha. Ardell you’re a mom now sebaknya. selamat berpantang sayangku”.

Ardell, 30 tahun telah melahirkan anak sulung pada 5 Jun lalu dan ditahan di hospital kerana komplikasi selepas bersalin secara normal. Apapun semuanya sudah selamat.

Pasangan ini bernikah di satu majlis sederhana yang dibuat di rumah family Ardell di Seri Kembangan, Selangor pada tarikh 1 September tahun 2019.

.

Share

Recent Posts

Pendapat pedas Ahmad Iqbal tentang isu DS Vida dan Anuar Zain

Ahli perniagaan terkenal, Ahmad Iqbal Zulkefli akhirnya tampil memberi pendapatnya tentang isu yang melibatkan Dato…

9 hours ago

Anak sulung baru 10 bulan, Tasha Shila umum hamil anak kedua, tahniah!

Satu berita baik telah disampai oleh pelakon Tasha Shilla apabila kini sah hamikl anak kedua.…

10 hours ago

Kenapa sebut pasal projek besar semasa minta maaf pada Anuar Zain, ini respon Vida

Susulan satu komen dari Datuk Seri Vida yang melibatkan nama Anuar Zain, ahli perniagaan ini…

20 hours ago

“Mungkin jodoh di alam lain” Anuar Zain

Anuar Zain seorang penyanyi yang terkenal dengan kelunakkan suaranya yang amat berlemak dan merdu. Dengan…

21 hours ago

“We did it..” Ayda Jebat dan suami beli bungalow tiga tingkat

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat sedang meniti jambatan bahagia bersama suami tercinta, Nabil Mahir. Kini…

23 hours ago

Anak tak sangka rupanya Pian Cecupak ada pusat tahfiz, habiskan detik akhir jaga ibu

Pelawak Pian Cecupak telah pun pergi buat selamanya malam semalam. Setelah pemergian yang ditangisi ahli…

1 day ago

This website uses cookies.