Categories: Hiburan

Habis Lana Nodin kena dengan netizen, sampai suruh dia balik Amerika

Ramai yang tahu kelantangan Lana Nodin yang diluahkan di laman media miliknya semalam.

Antara isi luahannya itu ialah mempersoalkan tindakan seorang petugas yang tidak memakai PPE ketika menguruskan jenazah akibat pandemic yang sedang berlaku.

Melalui laporan dari Harian Metro, Lana Nodin menjelaskan perkara berkenaan memang sah dah jelas salah, malah video berkenaan sedang tular di media sosial.

“Sebab upload video itu, habis saya kena komen yang teruk. Kenapa? Video itu tak betulkah?  Video berkenaan dirakam oleh petugas sendiri dan dah tular. Bukan saya seorang saja yang upload.”

“Dah jelas, semua orang dalam video pakai PPE. Kenapa ada seorang tak pakai? Dah kebal sangat kah. Family semua tak boleh nak mengurus dan berjumpa. Tapi, ada yang dah langgar SOP, pelik.”

Lana kemudian dengan tegas telah meminta pengarah kesihatan Dr Noor Hisham untuk letak jawatan, dan ini sebenarnya yang membuatkan ramai netizen naik angin dengannya.

“Saya menegur bukan hanya saja-saja. Saya percaya ramai rakyat Malaysia yang memuat naik status nak dia letak jawatan.”

“Ini sebabnya kes positif yang semakin tinggi. Namun kerana saya ni seorang artis, apa yang saya tulis dibersar-besarkan oleh netizen, macam saya ni paling salah.”

“Sebagai rakyat Malaysia, saya ada berhak untuk menyuarakan pendapat saya. Masing-masing ada hak. Jika rasa tak suka, silalah unfollow. Jangan nak semakkan kepala fikiran.”

Lana akui, memang agak teruk dia kena komen kurang baik dari para netizen di laman Instagram miliknya.

“Ramai yang mesej dan tulis perkataan tak elok. Mostly semua tak gunakan akaun sebenar, tak guna muka dan wajah sebenar. Nak berselindung.”

“Ada juga yang sampai mesej  suruh saya balik negara suami di Amerika Syarikat. Dia tu siapa nak suruh saya balik negara suami. Ini negara saya, tempat lahir saya, saya juga bayar cukai. Apa masalah mereka.”

Itulah antara komen balas dari Lana Nodin tentang isunya melibatkan DG Dr Noor Hisham.

Share

Recent Posts

Elfira Loy sahkan sedang hamil anak kedua, tahniah diucapkan

Pelakon Elfira Loy kini telah pun mengesahkan satu berita baik kepada semua. Setelah anak sulungnya,…

3 mins ago

Foto: Cantik rumah baru Sajat di Australia, nak berniaga bela lembu kambing

Sejak larikan diri dari Malaysia, masuk ke Thailand, kini Nur Sajat dah pun berjaya masuk…

2 hours ago

Rare betul komen Engku Emran kepada Datuk Seri Vida

Kisah Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli memang buat ramai yang berkata-kata. Sudah tentu…

1 day ago

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

2 days ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

3 days ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

4 days ago

This website uses cookies.