Categories: Hiburan

Hafiz Hamidun delete tweet, mohon maaf, dah mesej Nabila Razali

Masih lagi diperbualkan berkenaan nyanyian lagu Peluang Kedua oleh Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu semalam.

Gara-gara tergelincir semasa nyanyi live, habis Nabila Razali kena sindir dengan sesetengah netizen di luar sana.

Tak cukup dengan itu, satu ciapan dari penyanyi dan artis iaitu Hafiz Hamidun, turut menjadi viral malam tadi.

Ini setelah Hafiz Hamidun menulis seakan menyindir Nabila Razali. Ini tulisan dari composer ini.

Peluang Kedua merupakan satu peluang yang paling teruk jika dibazirkan. Dan ianya kini baru saja telah dibazirkan.”

Dapat dilihat, para reminat Nabila Razali tak berpuas hati dengan ciapan yang ditulis oleh Hafiz Hamidun itu.

Setelah ciapan berkenaan menjadi trending, akhirnya Hafiz Hamidun membuat kenyataan dan terus meminta maaf.

Komposer berumur 37 tahun ini menyatakan dia bukannya nak sindir secara peribadi tetapi mengatakannya hanya sekadar secara umum.

Saya tiada niat nak rendahkan persembahan Nabila Razali, saya hanya luahkan rasa kecewa sahaja.”

Setelah ciapan itu jadi trending, saya dah seperti sebahagian dari AJL35. Ciapan itu sebenarnya hanya kiasan, saya tak ada nak kutukpun. Kalau nak tahu saya ni peminat lagu Peluang Kedua. Saya juga kenal Nabila secara peribadi, pengurusnya juga saya kenal. Saya harapkan yang terbaik untuk lagu dan persembahan malam tadi.”

Tiada yang peribadipun sebenarnya. Ianya dibuat secara umum. Rugilah kalau peluang ada, tapi ianya tak digunakan.”

Apapun saya puji kerana Nabila Razali teruskan persembahan. Memang saya harap dia dapat beri persembahan terbaik dan lagu berkenaan akan menang.”

Kalau ada yang terasa dengan ciapan itu, saya minta maaf. Mungkin kita berbeza pandangan, tapi tak perlulah nakhentam saya pula.”

Untuk tidak memanjangkan cerita, Hafiz Hamidun mengambil pendekatan untuk delete sahaja ciapan berkenaan.

Saya delete kerana nampak idnya dah pergi ke arah lain dan sudah menjadi tidak baik pula.”

Itulah penjelasan dari Hafiz Hamidun tentang tulisannya. Hafiz Hamidun turut telah hantar mesej kepada Nabila Razali secara peribadi menjelaskan hal ini.

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

17 hours ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

2 days ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

3 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

3 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

3 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

4 days ago

This website uses cookies.