Hakim keluarkan waran tangkap kepada Muhammad Sajjad

1,725 views

Usahawan kosmetik yang berstatus jutawan iaitu Nur Sajat telah menjadi perhatian pihak media sekali lagi hari ini.

Ini apabila pihak mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap kepada Nur Sajat setelah dia gagal hadirkan diri ketika sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita.

Waran tangkap berkenaan telah dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee kepada Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh satu sumber: “Nur Sajat dimaklumkan tidak datang dan kini pihak hakim telah mengeluarkan satu waran tangkap terhadapnya.”

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili pihak Nur Sajat, Zuri Zabuddin Budiman berkata, anak guamnya tidak menghadiri sebutan semula yang sudah ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.

Ini komen dari peguam Sajat sendiri: “Saya tunggu-tunggu juga, tapi akhirnya dia tak datang juga. Pihak mahkamah kemudian telah tangguh sebutan semula kes ini pada 1 Jun depan.”

Pihak peguam Sajat telah bertemu dengan pihak media setelah kes ini ditangguhkan oleh hakim.

Sajat turut diwakili oleh beberapa peguam syarie iatu Zuri, Ahmad Nazib Johari, Noor Azlina Che Hassan dan Amirah Zainal.

Tentang kes yang dihadapi olehnya pada 6 Januari lepas, Nur Sajat mengaku tak bersalah atas pertuduhan berkenaan yang dibacakan di depan Hakim Syarie Mohamad Khalid.

Nur Sajat dituduh menyebabkan agam dipandang serong setelah berpakaian wanita ketika majlis bacaan yassin dan solat hajat, pada tarikh 23 Februari 2018 di Shah Alam.

Jika didapati bersalah, Sajat boleh dikenakan hukuman tak lebih RM5000 atau penjara tak lebih tiga tahun.

Kes pendakwaan ini telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor Atras Mohd Zain.

Ketika itu, mahkamah telah membenarkan Nur Sajat untuk diikat jamin sebanyak RM3000 sahaja.