Hampir pitam, hilang suara dan telinga sebelah pekak, ini yang terjadi pada Shila Amzah

1,552 views

Mendapat tempat ketiga di belakang Jaclyn Victor dan Bob, rupanya penyanyi Shila Amzah bergelut di pentas akhir Gegar Vaganza musim kesembilan Ahad lalu. 

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Shila Amzah setelah persembahan akhir berkenaan kurang menyerlah berbanding persembahannya sebelum ini. 

Shila Amzah, 32 tahun,  telah diuji ketika konsert akhir GV itu, yang mana dia mengalami masalah kesihatan di saat akhir. 

Antara masalah yang dia hadapai ialah kehilangan suara dan juga telinga sebelah dah pun pekak kerana bengkak. 

Malahan Shila Amzah juga akui sudah hampir pitam di belakang pentas. 

“Saya mula jatuh sakit pada hari Khamis namun semasa buat soundcheck pada hari Jumaat, keadaan saya dah lebih baik. Tetapi semasa saya datang untuk buat latihan di malam hari Sabtu, saya kembali rasa tak sedap badan.”  

“Amat kecewa kerana ini berlaku di pentas akhir. Saya boleh buat lebih baik lagi tetapi ini semua rezeki. Itu saja yang saya mampu buat.” 

Bercerita tentang mahu pitam di pentas akhir, Shila Amzah berkata dia rasa sedemikian setelah selesai buat persembahan.  

“Sebelum naik pentas untuk pusingan battle saya dan mohon maaf kat Tomok tapi dia ingatkan saya ini merupakan pentas akhir dan saya kena push diri sebaiknya. Tomok bagi semangat kat saya.” 

“Saya dah hampir nak pitam lepas membuat persembahan pertama lagi, masa tu suara pun dah hilang.” 

“Telinga sebelah dah pekak, sebab dah membengkak, ada infection. Pada hari Ahad suara saya mula hilang, saya tak boleh buat apa.” 

“Kalau belakang pentas, memang suara tak keluar tapi semasa nyanyi saya guna teknik nyanyi yang betul.” 

Semasa interview selepas habis GV9, memang jelas suara Shila Amzah agak serak dan tak berapa jelas semasa bercakap, memang dugaan buat Shila Amzah.