Hantar rombongan merisik Nana, ini kenyataan Fikry Ibrahim

7,751 views

Secara tiba-tiba ramai yang terkejut apabila ada khabar yang kuat mengatakan bahawa pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim telah hantar rombongan merisik penyanyi dan juga pelakon Siti Nordiana.

Apatah lagi, sebelum ini nama Siti Nordiana yang merupakan juara Gegar Vaganza ebih banyak dikaitkan dengan penyanyi Khai Bahar., kini tiba-tiba Fikry pula hantar rombongan.

Dari perkhabaran berkenaan, Fikry Ibrahim dan juga Siti Nordiana yang lebih mesra disapa dengan nama Nana, didakwa akan kahwin sekitar tahun 2020. Ada juga mengatakan sebenarnya, Fikry Ibrahim juga dikatakan dah pun hantar cincin merisik tetapi semuanya dibuat secara senyap.

Hari ini, tuan punya badan iaitu Fikry Ibrahim telah buat kenyataan tentang hal ini. Dengan  terbuka, Fikry Ibrahim telahpun menafikan semua dakwaan berkenaan malah dia sendiri tak tahu macam mana secrita berkenaan boleh tersebar secara meluas.

 Ini kenyataan dari jejaka ini tentang kisahnya dengan Siti Nordiana itu.

“Sy pun tidak tau bagaimana boleh ada gosip saya telah hantar rombongan untuk merisik dan bakal kahwini Nana tahun depan.

“Merisik dan bakal berkahwin itu sememangnya adalah tak benar sama sekali. Tahun depan saya akan begitu sibuk sebab mahu fokus dengan kerjaya saya dan juga dalam bidang perniagaan.

“Memang sy akan kahwin tapi sasaran sebenar saya untuk tamatkan zaman bujang adalah pada tahun 2021 atau 2022”.

“Tentang gossip itu, sy ok jer dan tidak ada sebarang masalah pun, tak mahu layan gosip macam ni. Asalkan isu itu tak la amat melampaui batas sampai boleh timbulkan perkara fitnah.

“Selagi isu itu ke arah yg positif dan bukan sesuatu yang akan mencemarkn nama sy ataupun mana-mana pihak, saya okey sahaja.

“Sebenarnya, sy pun tak dapat nak kawal apa yg org nak cerita. Memang dah lumrah jadi selebriti akan ada pelbagai isu termasuklah kisah cinta,”

Kalau ikutkan, kedua mereka Fikry Ibrahim dan Siti Nordiana dilihat amat akrab dan rapat setelah disatukan dalam beberapa rancangan sebagai pengacara dan juga ada berlakon bersama dalam drama Cekelat Semanis Honey.