Categories: Hiburan

Happy 18th anniversary, Edika Yusof tetap setia jaga isteri lumpuh

Kisah cinta Edika Yusof kepada isterinya Nor Hidayah boleh menjadi contoh dan ikutan untuk semua suami di luar sana.

Kini sudah 18 tahun usia perkahwinan mereka, Edika Yusof telah muat naik satu video menunjukkan dirinya menyambut anniversary ke 18 dengan isterinya itu.

Di video pendek berkenaan, Edika Yusof dan isteri sama-sama memotoong kek, dan Edika mengucup dahi isterinya sambil memberi ucapan selamat ulang tahun perkahwinan.

Ini caption dari Edika Yusof. “Dah 18 tahun dah, Alhamdulillah syukur. Saya merupakan suami yang paling beruntung mempunyai isteri seperti kamu disamping saya. Isteri seperti kamu merupakan satu anugerah dan rahmat. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan isteri sepertimu. Happy anniversary.

Di ruangan komen ramai yang turut memberi komen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini yang sudah berkahwin selama 18 tahun.

Kepada yang tak tahu tentang kisah Edika Yusof dan isterinya, pasangan ini amat bahagia bersama walaupun isteri Edika, Nor Hidayah telah jatuh sakit dan lumpuh setelah melahirkan anak kedua mereka.

Edika Yusof sentiasa setia di sisi isteri tercinta walaupun menerima dugaan yang amat berat itu.

Kisahnya bermula apabila Nor Hidayah didapati demam panas setelah beberapa hari melahirkan anak kedua. Kemudian Nor Hidayah dikejarkan ke hospital dan disahkan mempunyai penyakit meningitis.

Meningitis merupakan adanya jangkitan kuman di bahagian otak atau pun disebut sebagai keradangan di bahagian otak.

Edika Yusof melihat sendiri pengorbanan isterinya yang bertarung nyawa ketika terkena jangkitan kuman itu. Kesan dari jangkitan berkenaan, isteri Edika disahkan telah lumpuh.

Sejak detik itu, Edika telah berjanji akan menjaga isterinya tak kira apa yang berlaku. Edika akan angkat Hidayah ke bilik air dan uruskan semua keperluan isterinya itu.

Walau apa pun yang terjadi, saya akan sentiasa menjaga dia dengan baik. Itulah janji saya kepada isteri.

Kini di usia 54 tahun, rezeki Edika Yusof semakin mencurah dan banyak terima tawaran lakonan. Anak-anak mereka juga banyak membantu menjaga Nor Hidayah sekiranya Edika pergi bekerja.

Share

Recent Posts

Abang Ali disahkan pergi buat selamanya akibat kemalangan, menangis Yusof Azmi

Aktivis terkenal Abang Ali yang sering bersama Yusuf Azmi (Semboyan) dimaklumkan telah menghembuskan nafasnya yang…

8 hours ago

Remy Ishak tak selesa bawa isteri pergi majlis

Pelakon Remy Ishak, 39 tahun, telah pun menamatkan zaman bujangnya pada bulan Ogos tahun 2021.…

9 hours ago

“Rela pegang ular atau pencuri masuk, berbanding jumpa hantu” ~Nora Danish

Demi menjayakan wataknya, pelakon popular Nora Danish sanggup memberanikan diri dan memegang haiwan reptilian iaitu…

12 hours ago

“Saya beritahu Bella, kita kena hormati pandangan orang lain” Aliff Aziz

Finalis Gegar Vaganza musim kelapan iaitu Aliff Aziz tak terlepas dari komen kurang baik dari…

1 day ago

“Ianya satu mimpi ngeri” Nynaa sebak bila teringat, suami upah dua bodyguard

Semua pun tahu tentang kisah yang melanda rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya, ahli…

1 day ago

Mira Filzah sah hamil, usia kandungan lebih kurang 6 bulan, Tahniah!

Teka teki tentang kehamilan pelakon jelita Mira Filzah akhirnya telah terjawab. Semalam, menerusi satu posting…

2 days ago

This website uses cookies.