Categories: Hiburan

Harris Alif beri cincin, melamar Intan Ladyana?

Kisah percintaan antara dua selebriti Malaysia iaitu pelakon baru, Harris Alif (22 tahun) dan bintang filem terkenal, Intan Ladyana (38 tahun) dilihat ada perkembangan terkini.

Hal ini setelah Harris upload sekeping photo di laman media sosial Ig miliknya yang mana ianya memaparkan dirinya sedang memberi sebentuk cincin kepada kekasih hatinya itu.

Photo berkenaan seperti memberi tanda bahawa Harris Alif kini sudah melamar Intan Ladyana dan ramai buat spekulasi mereka akan bernikah tak lama lagi.

Malahan ada yang membayangkan, photo berkenaan umpama photo per wedding. Apatah lagi caption yang ditulis amatlah sweet.

Ini tulis Harris di ruangan caption: “Semoga cinta antara kita berdua akan mekar buat selamanya”.

Pihak media mula menghubungi Harris Alif untuk bertanya hal ini, dan ini jawapan dari pihak Harris tentang gambar cincin itu.

“Mohon maaf sangat, buat masa sekarang ini, saya tak nak beri sebarang komen tentang soalan itu. Perkara tentang perkahwinan saya serahkan kepada Tuhan yang maha esa. Jika tertulis sudah ada jodoh saya dengan Intan, saya terima saja. Harapnya dapat doakan perkara baik-baik. Sekiranya terdapat sebarang perkembangan terbaru, sudah tentu saya akan maklumkan kelak”.

Bercakap tentang kesediaan menjadi seorang suami di usia muda, Harris kata umur bukanlah satu factor untuk galas sesuatu tanggungjawab.

“Jika kita bercakap pasal responsibility, ianya tidak terletak pada umur. Bukan sebegitu. Tanggungjawab itu harus dilihat pada diri seseorang itu, dalam diri kita sendiri”.

“Kalau umur masih lagi muda bukan bermakna dia tak bertanggungjawab. Begitu juga sebaliknya, kalau dah berusia bukan bermakna dia dah lebih bertanggungjawab”.

Kisah antara Harris Alif dan Intan Ladyana mula dihidu pada bulan Mei yang lepas dan ianya menajdi tumpuan kerana perbezaan umur sebanyak 17 tahun. Namun ramai yang memuji keserasian, bagai pinang dibelah dua, amat secocok bersama.

Share

Recent Posts

Elizabeth Tan umum ada autoimmune disease, rambut ada tompok botak

Elizabeth Tan pada hari ini akhirnya mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan antara pesakit autoimmune.  Kesan…

14 hours ago

Nad Zainal jalani proses cucian darah, plasma exchange, dan buah pinggang terjejas

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainail atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal, 32 tahun. …

1 day ago

Jadi orang terawal beri kenyataan tentang Nad Zainal, ini status hubungan Ungku Ismail

Ramai yang kini mendoakan pelakon Nad Zainal, 32 tahun, yang sedang dirawat dan dipantau di…

2 days ago

“Doktor syak Nad Zainal kena autoimmune disease”

Pelakon Nad Zainal masih lagi kritikal dan sedang berjuang di unit ICU di Hospital Ampang…

2 days ago

Ini kenyataan dari bekas suami Nad Zainal, update keadaan anak-anak

Ramai yang terkesima dengan berita pelakon Nad Zainal yang kini sedang kritikal dan sedang dipantau…

2 days ago

“Nad Zainal sedang kritikal sekarang ini”

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit ICU sejak semalam.  Semalam,…

3 days ago

This website uses cookies.