Categories: Hiburan

“Hati suami mana boleh tahan bila isteri dah tak hormatinya” ~ suami Serina

Akhirnya suami kepada Serina Redzuawan iaitu pegawai polis bernama Meor Mohammad Aidid tampil beri kenyataan setela lama berdiam diri.

Aidid membuka cerita bahawa sebenarnya perkahwinannya dengan Hamizah iaitu bekas isterinya sebelum ini memang dah retak sekaligus menafikan bahawa Sewrina menjadi punca perkahwinan mereka musnah.

Apapun, Aidid akhirnya mengaku bahawa dia menikahi Serina ketika Hamizah masih lagi isterinya yang sah.

“Perkahwinan antara saya dan bekas isteri, Hamizah sudah lama ada isu, bertahun lama dah hambar. Hati saya pun dah lama tertutup kepadanya.”

“Ya, saya nikah dengan Serina pada bulan Februari lepas, namun Serina bukanlah punca hubungan saya dengan bekas isteri bergolak. Namun memang betul, semasa saya dan Serina bernikah, Hamizah masih lagi isteri saya. Itu fakta yang saya tak boleh nak nafikan.”

“Proses untuk buat tuntutan penceraian di mahkamah mengambil masa. Kami berpisah secara rasmi dan bukan lagi bergelar sebagai suami isteri pada tarikh 9 Mac 2021.”

“Oleh itu, kini hanya Serina saja isteri saya, tiada lagi kisah tentang isu Serina sedang bermadu.”

Dalam pada itu, Aidid tak setuju tentang kenyataan dari Hamizah bahawa hubungan mereka tak ada masalah sebelum ini. Malah sudah lama dia rasakan dirinya terbiar oleh Hamizah.

“Hubungan perkahwinan kami dibuat secara jarak jauh sebab tuntutan kerja. Tetapi itu bukan alasan untuk kami tak buat tanggungjawab.”

“Untuk pengetahuan, perkahwinan kami juga ada campur tangan dari family sebelah Hamizah. Hati suami mana yang boleh tahan sabar bila isteri tak hormat.”

“Nak balik tengok saya pun sukar dibuatnya. Dah berbulan lamanya saya dibiarkan terbiar dan tak dipedulikan dari segi perasaan dan juga kebajikan. Semua makan pakai saya pun memang langsung dah tidak terjaga. Family saya dan rakan-rakan jadi saksi saya ni hidup macam orang bujang.”

Tentang siasatan oleh pihak JIPS Perlis berkenaan bernikah kali kedua tanpa kebenaran, Aidid memberitahu dia akan beri kerjasama sepenuhnya.

“Saya sedia dan akan bekerjasama. Saya tahu, bekas isteri, dah buat report polis bahawa dia dimadukan tanpa kebenaran dan saya dah sedia bertanggungjawab.”

Itulah cerita dari pihak Aidid tentang hubungannya dengan bekas isteri bernama Hamizah.

Share

Recent Posts

“Saya pun kena, diminta minum di kelab” Uyaina Arshad

Pelakon yang kini sedang meningkat namanya iaitu Uyaina Arshad ada buat satu pendedahan bahawa ada…

2 hours ago

Tauke Jambu belum beristeri dua, itu semua lakonan semata

Baru-baru ini melalui satu video temubual dengan portal Mstar, Tauke Raja Lawak hadir bersama wanita…

22 hours ago

Dugaan buat Ella.. “Hanya family yang tahu keadaan saya ni”

Dalam diam rupanya penyanyi rock terkenal tanah air, Ella Aminuddin, 55 tahun, kini mengalami anxiety…

1 day ago

Tauke akui kahwin dua dengan Shu, dapat izin dari isteri pertama, Nadia

Pelakon dan pelawak Tauke Jambu kini dah menjawab semua soalan tentang kisah perkahwiannnya. Tauke memberi…

2 days ago

“You jangan nangis, ampunkan I..” Ini perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah

“You jangan menangis, daddy jangan sedih ye. Ampunkan dosa-dosa saya tau. Love you.” Itu ungkapan…

2 days ago

Ramai sebak Shuib datang Sepahtu Reunion, buat kejutan pada Jep, Ilya dan Rahim

Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live 2021 telah berlangsung secara live malam tadi. Namun episode kali…

2 days ago

This website uses cookies.