Categories: Viral

“I am nobody” Mizz Nina takut dipuji orang ramai

Sejak akhir-akhir ini, bekas penyanyi antarabangsa, nama Mizz Nina telah dinaikkan semula oleh netizen.

Ini kerana ramai yangkagum dengan Mizz Nina, seorang yang kaya raya namun setelah berhijrah, langsung tiada sebarang isu ditimbulkan.

Malah sikap merendah diri serta berhijrah tanpa publisiti, membuatkan ramai yang memuji Mizz Nina dan juga suaminya Noh Hujan.

Ramai melabel Mizz Nina barulah contoh terbaik dan idola sekiranya seseorang itu mahu berhijrah kearah yang lebih baik.

Setelah ramai yang memuji, pihak media telah bertanya sendiri kepada Mizz Nina apa reaksinya tentang hal berkenaan.

Namun jawapan Mizz Nina ternyata tidak disangka-sangka. Bukan mahu mendabik dada, Mizz Nina luah rasa takut sebab merasakan dirinya bukanlah sesiapa untuk dipuji.

Saya rasa amat takut, saya ni bukanlah sesiapa untuk dijadikan idola. Kalau rasa mahu agungkan seseorang, agungkanlah nabi kita, ya Muhammad Rasulullah SAW, dan juga para sahabat nabi.

Jika ada pujian melambung-lambung diberikan kepada sesiapa, ianya akan beserta dengan jangkaan serta harapan yang tinggi.

Mizz Nina khuatir apabila pujian diberikan, dia tak dapat nak memenuhi harapan yang diletakkan pada dirinya.

Saya rasa, ya Allah, betulkah saya ni baik sangat seperti yang dikatakan tu. Bila baca komen ada yang puji saya, saya berkata, ya Allah maafkan mereka tentang apa yang mereka kata tentang diri saya. Mereka tak kenal siapa diri saya sebenarnya.

Maafkanlah diri saya ini ya Tuhanku, bantulah diriku ini untuk jadi lebih baik dari apa yang mereka ungkapkan.

Saya juga takut sebab nanti Allah akan tanya pada saya, apa saya buat ketika terima pujian macam tu. Adakah saya akan rasa diri bagus atau saya akan guna untuk perbaiki diri.

Jawapan dari Mizz Nina itu ternyata membuka mata orang ramai bahawa Mizz Nina seorang yang amat tawaduk dan memiliki hati yang benar-benar mahu berubah kerana Allah.

Ini video temubual dari TV3.

Jelas Mizz Nina setelah pulang dari Mekah, memang sukar untuk berhijrah namun segalany bergantung kepada niat.

Kita nak berhijrah untuk siapa, untuk istiqamah dalam penghijrahan adalah sebab Allah. Bukan sebab orang lain, bukan untuk populariti, biat yang ubah diri saya.”

Mizz Nina dan Noh Hujan serta keluarga mula berhijrah sepenuhnya sejak 7 tahun lalu.

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

10 hours ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

1 day ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

2 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

2 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

3 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

3 days ago

This website uses cookies.