Categories: Hiburan

I don’t need a man in my life, Cik B luah perasaan

Cik B anak kepada ahli perniagaan Datuk Seri Vida menerima pelbagai komen setelah dia buat status seakan sedang jalin hubungan dengan pelakon baru bernama Aniq Suhair.

Remaja berusia 15 tahun ini akhirnya luah rasa down dan kecewa setelah ada yang mula mengata dirinya setelah perkara ini jadi viral. Macam-macam yang netizen mengata tentangnya.

Ada yang tak suka dan mengatakan dia tak patut ada hubungan dengan pemuda berkenaan kerana usianya masih lagi terlalu muda. Ada juga yang mengatakan Cik B ni bukannya sesiapa pun kalau dia bukan anak kepada jutawan Datuk Seri Vida.

Akhirnya melaluinya laman media, Cik B lepas geram dan mengatakan sebenarnya buat masa sekarang ni dia tak perlukan mana-mana lelaki pun.

“Yes, memang umur Cik B 15 tahun, masih lagi bawah umur, lepas tu korang nak cakap macam-macam kat Cik B macam korang tak sedar Cik B ni baru umur 15 tahun boleh pula, fikirkanlah balik”.

“Ada juga yang cakap Cik B ni bukanlah siapa-siapa kalau Cik B bukan anak kepada Datuk Seri Vida. Memang betullah tu. Kalau Cik B bukan anak kepada Datuk Seri Vida, mana ada Cik B dalam dunia ni”.

“Cik B takdelah nak marah atau terasa. I do not need man in my life so sila chill ya guys. I will find a man, when I fell like liking a man, haha”.

Itulah antara tulisan dari Cik B kepada mereka yang ada mengata setelah Cik B bergurau bahawa dia ada hubungan dengan Aniq Suhair.

Sebenarnya mereka berlakon bersama dalam sebuah drama bersiri. Aniq juga ada buat kenyataan bahawa Cik B bergurau sahaja, apatah lagi Cik B masih lagi bersekolah dan Aniq pula baru nak masuk ke industri lakonan.

Share

Recent Posts

“Saya pun kena, diminta minum di kelab” Uyaina Arshad

Pelakon yang kini sedang meningkat namanya iaitu Uyaina Arshad ada buat satu pendedahan bahawa ada…

7 hours ago

Tauke Jambu belum beristeri dua, itu semua lakonan semata

Baru-baru ini melalui satu video temubual dengan portal Mstar, Tauke Raja Lawak hadir bersama wanita…

1 day ago

Dugaan buat Ella.. “Hanya family yang tahu keadaan saya ni”

Dalam diam rupanya penyanyi rock terkenal tanah air, Ella Aminuddin, 55 tahun, kini mengalami anxiety…

1 day ago

Tauke akui kahwin dua dengan Shu, dapat izin dari isteri pertama, Nadia

Pelakon dan pelawak Tauke Jambu kini dah menjawab semua soalan tentang kisah perkahwiannnya. Tauke memberi…

2 days ago

“You jangan nangis, ampunkan I..” Ini perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah

“You jangan menangis, daddy jangan sedih ye. Ampunkan dosa-dosa saya tau. Love you.” Itu ungkapan…

2 days ago

Ramai sebak Shuib datang Sepahtu Reunion, buat kejutan pada Jep, Ilya dan Rahim

Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live 2021 telah berlangsung secara live malam tadi. Namun episode kali…

2 days ago

This website uses cookies.